(Vide0) Perangai Cop Parking Kat Flat Terbawa Sampai Ke Mall, Awas Anda Boleh Dilaporkan!

Dekat Mall Pun Nak Cop Parking Ke?

Baru-baru ini tular satu video yang dirakam oleh pengguna Tik Tok mengenai seorang wanita yang sedang berdiri di kawasan petak parking.

Wanita tersebut dipercayai sedang ‘cop parking’ sebelum sebuah kereta berwarna hitam meluncur masuk ke petak parking tersebut. Kejadian ini berlaku di sebuah pusat beli belah, Midvalley. 

Sebelum ini, telah banyak cerita tular mengenai cop parking di kawasan parking rumah flat sehingga mengundang kecaman netizen. Ramai yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mementingkan diri sebegini. 

Tidak sangka pula perilaku buruk ini turut dibawah ke pusat beli belah. Haih, sampai bila agaknya mentaliti orang kita nak berubah ni?

“Orang Penat Cari Parking, Dia Boleh Main Cop Parking”

Kejadian ini menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna lain kerana budaya cop parking ini tidak seharusnya berlaku apatah lagi di sebuah pusat beli belah yang terkenal. 

Berikutan kejadian ini, pengguna tik tok tersebut meminta orang ramai agar menularkan video rakaman yang menunjukkan seorang wanita berbaju hitam yang sedang berdiri di kawasan petak parking. 

cop parking

Kawasan parking yang penuh menyebabkan para pemandu sukar untuk mendapat tempat parking yang kosong. Apabila ada individu yang bersifat pentingkan diri sebegini adalah sangat tidak wajar. 

Bukan itu sahaja, ia juga membahayakan sekiranya pemandu lain tidak perasan anda sedang berdiri di petak parking tersebut dan boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dengan pengguna lain yang keretanya sampai terlebih dahulu di petak parking tersebut. 

BACA JUGA: Peraduan Namakan Anak Tenuk, 99 Wonderland Park Tawar Hadiah Lumayan RM10,000

Jaga-jaga, Anda Boleh Dilaporkan!

Untuk pengetahuan anda, menurut Seksyen 50 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekiranya anda didapati melakukan perbuatan cop (meletak kerusi/moto/kon/pasubunga/ampaian baju/berdiri atas petak parkir dan sebagainya) petak meletak kenderaan, anda boleh dilaporkan kepada pihak JPJ. 

cop parking

Anda boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Jadilah individu yang bertanggungjawab dan jangan pentingkan diri sendiri kerana petak parking adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir tersebut. 

Sumber: Twitter (@isusemasaviral)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!