Tersentuh! Genap 1 Tahun Arwah Siti Sarah Pergi.. Mertua Restu Jika Shuib Nak Nikah Lagi

Genaplah setahun pemergian arwah Siti Sarah Raisuddin pada 9 Ogos 2022, semalam. Satu majlis tahlil diadakan sempena mengingati pemergian arwah diadakan pada malamnya bertempat di kediaman Shuib. 

Dalam unggahan di media sosial, jamuan potong kek turut diadakan pada 6 ogos bagi menyambut ulang tahun kelahiran anak bongsu Shuib, Ayyash Affan, yang selamat dilahirkan oleh ibunya, Siti Sarah, sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tiga hari selepas melahirkan.

SITI SARAH

BACA JUGA: (Vide0) Perangai Cop Parking Kat Flat Terbawa Sampai Ke Mall, Awas Anda Boleh Dilaporkan!

Raisuddin Hamzah Jadikan Uwais Tempat Lepaskan Rindu Kepada Siti Sarah

Memiliki fizikal yang hampir serupa dengan ibunya, Uwais Alqarni, 10, yang kini dijaga oleh datuknya, menjadi tempat untuk melepaskan rindu kepada arwah Siti Sarah. 

“Uwais memiliki rupa paras yang hampir sama dengan arwah Sarah. Uwais selalu tidur dengan saya sejak kecil lagi sampailah sekarang”

“Fizikal Uwais, terutama tangannya sama seperti Sarah. Sifat manjanya juga sama ibunya. Itulah yang menjadi pengubat rindu saya sekarang”

“Aku Pinangkan Pun Boleh” – Raisuddin Hamzah

Begitulah antara respon bapa mertua Shuib apabila ditanya mengenai jodoh menantunya itu. Beliau bersedia memberikan restu dan tidak akan menghalang sekiranya menantunya itu telah menemui pengganti arwah anaknya. 

Beliau menyedari bahawa Shuib juga perlu meneruskan kehidupannya. Bahkan beliau juga sudi meminangkan wanita tersebut sekiranya Shuib memintanya. 

“Aku nak satu je. Aku nak yang terbaik untuk kau”, ujarnya yang merujuk kepada menantunya itu, Shuib. 

Isu jodoh Shuib ini telah lama menjadi perbualan para netizen. Apapun, kita doakanlah yang terbaik untuk beliau. Jangan wujudkan kontroversi yang tidak perlu. Apabila bertemu jodohnya, sudah pasti beliau sendiri yang akan tampil memberitahu berita gembira tersebut. 

Mengimbau kenangan bersama anaknya, Raisuddin Hamzah berkata, arwah Siti Sarah adalah merupakan anak yang baik sejak daripada kecil sehingga sudah berkahwin pun. 

SITI SARAH

Arwah juga dikatakan sempat risaukan ayahnya yang pada masa itu turut dijangkiti COVID19 kerana faktor usia. Beliau sering bertanya keadaan ayahnya pada waktu itu untuk memastikan semuanya okay. Namun, begitulah ajal, beliau yang pergi dahulu. 

Sumber: Facebook Mstar 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!