Cikgu Kongsi Cerita Hijab Mata Pelajar Terbuka
Seorang pengguna Tiktok dengan menggunakan username @alif_bosku, menceritakan pengalaman seram beliau mengajar di sebuah sekolah. Untuk pengetahuan anda, beliau adalah merupakan seorang guru yang berasal daripada Sabah dan dikenali dengan nama cikgu Alif.
Beliau menceritakan mengenai kisah seram yang pernah dialaminya ketika mengajar di sebuah sekolah berkaitan dengan pelajar yang mempunyai hijab mata terbuka!
Seram tak seram?
Dia dililit kain kuning tu cikgu!
Cikgu Alif mulai mengetahui hijab mata pelajar tersebut terbuka apabila berlaku satu insiden dimana seorang pelajar tahun satu yang seringkali menangis apabila sampai di hadapan pagar sekolah.
Pelajar tahun satu tersebut menangis teresak-esak tidak mahu masuk ke sekolah sehingga para guru datang memujuk. Tiba-tiba datang seorang pelajar lain yang memberitahu, “dia dililit kain kuning tu cikgu!”.
Terkejut dengan ucapan itu, cikgu-cikgu kebingungan dan meminta pelajar tersebut untuk membuka sekiranya betul pelajar yang menangis tersebut dililit kain kuning.
Dengan beraninya, pelajar tersebut tadi pergi ke arah pelajar tahun satu tersebut dan kelihatan seperti sedang membuka sesuatu.
Sebaik sahaja selesai, pelajar tahun satu tersebut pun berhenti menangis dan mahu masuk ke sekolah. Rupanya, pelajar tahun satu itu diganggu oleh makhluk halus yang ada di kawasan tersebut.
Ibu kepada pelajar yang ‘meleraikan ikatan kuning’ itu yang kebetulan berada di situ memaklumkan bahawa anaknya mempunyai hijab mata terbuka.
BACA JUGA: (Vide0) Perangai Cop Parking Kat Flat Terbawa Sampai Ke Mall, Awas Anda Boleh Dilaporkan!
Melihat Entiti Nenek Kebayan & Budak Kecil Di Kawasan Sekolah
Apabila ditanya apa yang pernah dilihatnya di kawasan sekolah, pelajar dengan hijab mata terbuka tersebut menyatakan dia sering melihat entiti nenek kebayan merayau di kawasan sekitar sekolah dan seorang budak kecil yang suka bermain di tandas. Bukan itu sahaja, pelajar tersebut juga turut mendakwa melihat bunian di kawasan padang sekolah.
Seperti percaya tak percaya, cikgu Alif merasakan itu hanya imaginasi pelajar ‘istimewa’ tersebut. Sehinggalah satu hari pelajar tersebut bertanya, “Cikgu nak jumpa jin tak?”
Haish meremang!
Sejak insiden itu, cikgu Alif memang percayalah bahawa hijab mata pelajar tersebut terbuka. Pelbagai lagi insiden seram yang berlaku termasuklah apabila pelajar tersebut menyertai satu program yang diadakan di kawasan hutan.
Dalam satu aktiviti, para pelajar diletakkan secara berasingan di dalam hutan. Namun,atas sebab keselamatan, pelajar dengan hijab mata terbuka tersebut ditemani oleh Cikgu Alif.
Pada mulanya, pelajar tersebut menangis ketakutan sehingga dia tiba-tiba berhenti menangis lalu menunjuk ke arah cikgu Alif.
“Dibelakang cikgu!” ujarnya ketakutan. Fuhh.
Sumber: Tiktok (@alif_bosku)
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memanta semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.