Ainul Mardhiah Perlukan Bantuan Ventilator
Ainul Mardhiah, buah hati rakyat Malaysia. Sejak beberapa hari yang lepas, Ainul sekali lagi diuji apabila terpaksa di tahan di hospital untuk mendapatkan rawatan akibat jangkitan kuman.
“Bangun dan lawan, kakak”- Bapa Ainul
En. Ahmad Safiuddin, bapa kepada Ainul Mardhiah memuat naik status untuk memberi update sambil menulis kata-kata semangat untuk Ainul agar melawan sakitnya.
Bangun dan lawan, kakak.
Walid dan mama sayang kakak, kami tunggu kakak bangun, lawan dan menang seperti selalu.
Mohon doakan Ainul Mardhiah kami bangkit melawan serangan yang agak teruk kali ni.
Ainul dirawat di PICU sekarang, perlukan bantuan ventilator.
Doakan juga Allah swt bimbing, berikan jalan dan mudahkan urusan doktor dan jururawat yang sedang merawat ainul sekarang.
Keadaan terkini Ainul Mardhiah yang dilaporkan kritikal kerana terkena jangkitan kuman dan terpaksa menggunakan bantuan ventilator.
Ramai yang turut mendoakan kesembuhan Ainul termasuklah Dr. Amalina yang merupakan individu yang bekerja keras untuk merawat Ainul ketika menghidapi kanser di mulut beberapa tahun yang lalu.
BACA JUGA: Setia Menemani Anjing Ini Dilihat Menolak Kerusi Roda Dan Membantu Tuannya Melintas Jalan
Redha Dan Pasrah Tetapi Tetap Berusaha
Keadaan terkini, Ainul terpaksa ditidurkan lagi selepas sawan beberapa kali. Melihat keaadan anak beliau, bapa Ainul terus berdoa dan tidak berputus asa untuk kesembuhan puterinya itu.
Hari ini Ainul di ventilate lagi dan ditidurkan bertujuan untuk kawal sawan dan rehatkan otaknya. Ainul nampak penat sangat lepas diserang sawan panas banyak kali. Hari ini, biar lah dia berehat.
Saya doa semoga Allah swt bukakan jalan dan bimbing para doktor cari punca masalahnya. Doktor semua sedang berusaha keras mencari jalan rawatan yang terbaik, saya saksikannya. Kakak kakak misi pun semua jaga Ainul dengan baik.
Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah swt jua lah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan. DIA kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang. Begitu juga jika DIA nak tarik nikmat nikmat yang ada dalam hidup kita hari ini.
Saya redha dan saya pasrah. Walaupun begitu, saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa. Apa yang bakal berlaku, saya percaya itu lah yang terbaik dariNya.
Ainul Masih Bernafas, Terus Doakan Ainul
Berikutan satu post yang dimaut naik oleh bapa Ainul yang menyatakan beliau bersedia, redha dan pasrah sekiranya terjadi apa-apa, ramai pihak yang salah faham. Hakikatnya, beliau masih dan tidak akan berputus asa untuk Ainul selagi masih diizinkan Tuhan.
Assalamualaikum wbt.
Ainul masih ada lagi, dia masih bernafas. Saya minta maaf sangat sangat mungkin saya menulis ketika beremosi sehingga buat orang salah faham.
Saya harap mana mana page atau individu yang muatnaik status ainul dah tiada itu supaya padam atau diturunkan.
Saya minta maaf, bukan salah anda, ini salah saya sendiri. Saya tak cukup tidur 4 hari ni menyebabkan fikiran saya tidak “stabil”. Dan mungkin memuatnaik status dalam keadaan yang terlalu emosi dan sedih.
Jauh sekali saya minta Ainul pergi walaupun saya tak tahu sampai bila Ainul kena tahan macam tu. Saya doa dia sentiasa diberi kekuatan untuk bertahan. Saya yakin, Tuhan dah lama angkat sakitnya. Air muka dia tetap nampak tenang. Saya redha. Apa yang berlaku, saya berlapang dada dan terima itu sebagai takdirNya.
Benar, Ainul dalam keadaan tak stabil. Sawan panas @ demam sawan. Tapi apa pun, Doctors dah support Ainul apa yang patut dan kita tunggu Ainul bangun semula. Moga Allah izin.
Saya minta maaf sekali lagi ye.
Marilah kita bersama-sama mendoakan adik Ainul Mardhiah agar segera diangkat sakitnya, diberikan kesembuhan yang tiada penyakit selepas dan diberi ketabahan kepada ahli keluarga. Amin.
Sumber: Facebook Ahmad Safiuddin
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memanta semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.