Setia Menemani Anjing Ini Dilihat Menolak Kerusi Roda Dan Membantu Tuannya Melintas Jalan

Setia Menemani, Anjing Ini Dilihat Menolak Kerusi Roda Dan Membantu Tuannya Melintas Jalan

Anjing adalah merupakan haiwan yang sememangnya terkenal dengan sifat setia. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa anjing memiliki memori yang sangat baik dalam mengingati wajah, suara dan bau sejak zaman dahulu.

Oleh itu, ia memang terbukti sangat mengenali tuannya. Hal ini yang membuat anjing menjadi haiwan yang sangat setia jika dijadikan haiwan peliharaan.

Anjing Membantu Tuannya Melintas Jalan Dengan Menolak Kerusi Roda

Baru-baru ini, satu video yang telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna Facebook telah mendapat perhatian ramai orang termasuklah dari dalam dan juga luar negara.

Menurut beberapa sumber, video ini sebelumnya telah tular di Twitter dan dimuatnaik semula oleh ramai pengguna media sosial di pelbagai platform.

Video tersebut memaparkan seekor anjing yang sangat setia menyorong kerusi roda tuannya yang kelihatan seperti mempunyai masalah fizikal. Kejadian tular ini dikatakan telah berlaku di sebuah kawasan pasar di Mexico.

Tonton video (Di Sini )

Setia Menemani, Anjing Ini Dilihat Menolak Kerusi Roda Dan Membantu Tuannya Melintas Jalan

Setia Menemani, Anjing Ini Dilihat Menolak Kerusi Roda Dan Membantu Tuannya Melintas Jalan

Apa yang membuatkan orang ramai terpegun menyaksikan skenario tersebut adalah, anjing tersebut kelihatan sangat bijak sekali apabila membantu tuannya untuk melintas jalan.

Anjing itu kelihatan begitu mahir mengendalikan kerusi roda sekali gus memberi gambaran ia sudah biasa melakukan tugasan terbabit.

Ketika hendak melintasi jalan, anjing tersebut memberhentikan kerusi roda itu terlebih dahulu. Kemudian, setelah mendapat signal daripada tuannya, ia menyorong tuannya untuk ke seberang jalan.

Setia Menemani, Anjing Ini Dilihat Menolak Kerusi Roda Dan Membantu Tuannya Melintas Jalan

Selain itu, remaja yang kurang upaya itu juga kelihatan memastikan mereka berjalan tanpa mengganggu orang lain atau melanggar apa-apa.

Telatah mereka berdua bagaimanapun menyebabkan orang ramai yang berada di situ berhenti untuk melihat mereka dan ada yang merakam video serta mengambil gambar mereka.
Netizen Sedih Fikirkan Bagaimana Sekiranya Salah Satu Tiada Kelak

Disebabkan keakraban mereka, ramai netizen yang sedih memikirkan sekiranya salah satu daripada mereka tiada kelak.

Berikut adalah antara komen netizen;-

“😭pepagi dh sedih tengok video ni…mcm2 bermain kat pikiran ni..mcm mn lah klu tuan dia x ada suatu masa nanti😭..tgok dia begitu setia gan tuan dia..moga tuan n anjingnya sentiasa sihat ..”

“Berair mata pagi2 tgok ni.. Setia dan kasih nya dia pada tuan die.. Cuba bayangkan klu salah saTu antara 2 ni tiada ..mcm manalah kan..😓”

“Allah sedih sbb dia sanggup tolong tuan dia yg kurang upaya..dia berbakti dkt tuan dia semoga panjang umur si doggy huwaaa nangis weh pagi² ni 😢😢😢”

“Ya Allah..sedihnye..andai anjing tu mati dulu, macam mana la dgn tuannya..”

“Sbb tu bila tgk org pukul haiwan sy menangis sy sedih.. Haiwan ni pun Allah ciptakan dgn beribu kebaikan… Kita sbg manusia sesempurna ciptaanNya maka didik dan ajarkan yg tdk berakal mjd asbab manfaat dan kebaikkan kpd org lain.. Allahu moga mereka dalam lindungan Allah swt selalu….”

“Very good dog…human are really bad if they treat animal badly…how good he take care the man”

“Mmg sedih tengok video ni..semoga keduanya dlm lindungan allah aamiin..”

Kesimpulan

Sebagai sesama ciptaan Tuhan dimuka bumi ini, kita saling memerlukan. Oleh itu, jangan pernah aniaya haiwan dan sentiasalah berbuat baik kepada semua makhluk. Tiada siapa yang tahu siapakah yang akan menolong kita kelak apabila berada dalam kesusahan.

Penulis : nasrah untuk Berani Bangkit Media.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!