Sedih! Bapa Terpaksa Berjalan Kaki Gendong Jen4zah Anak, Van Jenazah Tidak Dapat Lalu

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah selamanya.

Begitulah kisah seorang bapa yang terpaksa menggendong jenazah bayi perempuannya untuk pulang ke rumah mereka dengan berjalan kaki lebih kurang satu jam. Kejadian ini berlaku di Kampung samparita Tengah Kota Marudu Sabah.

Bagaimana hal ini boleh berlaku? Tidak adakah kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan sampaikan hal ini boleh berlaku?

Itulah yang menjadi tanda tanya ramai netizen Malaysia.

Jalan Teruk, Van Jenazah Tidak Dapat Lalu

bapa gendong jenazah anak

Jenazah bayi perempuan yang berusia lebih kurang 5 bulan tersebut telah disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Menurut sumber, van jenazah yang membawa jenazah bayi perempuan ini tidak dapat melalui jalan yang sangat teruk keadaannya (anda boleh lihat gambar di bawah).

Ini menyebabkan waris terpaksa membawa jenazah berjalan kaki ke rumah mereka dengan jarak lebih kurang 1 jam berjalan kaki. Lebih-lebih pada waktu itu, ‘line’ telefon juga tidak ada.

“Keluarga ini merupakan golongan kurang berkemampuan. Persatuan Amal turut sponsor coffin, namun setibanya di pertengahan jalan menuju ke rumah mereka, van jenazah tidak dapat melalui jalan yang sangat teruk, waris terpaksa berjalan kaki membawa jenazah anaknya. 1 jam lagi perjalanannya utuk sampai ke rumah mereka.”

Keadaan yang menyayat hati ini disebabkan oleh keadaan infrastruktur jalan yang teruk dan sistem perhubungan (masalah ‘line’) yang tidak sepatutnya lagi berlaku pada tahun 2022 ini.

Untuk makluman anda, kejadian ini telah berlaku sejak beberapa bulan yang lepas namun baru dikongsikan oleh Tn Masrul, Individu yang terlibat dalam membantu keluarga ini.

BACA JUGA: Dibelakang cikgu! – Cikgu Kongsi Kisah Seram Hijab Mata Pelajar Terbuka Di TikT0k

Bilakah Infrastruktruktur Di Sabah Akan Dinaik Taraf?

Kejadian ini bukan kali pertama, malah sudah banyak kejadian yang tidak sepatutnya berlaku terutamanya di kawasan pedalaman Sabah disebabkan oleh keadaan infrastruktur yang teruk dan tidak dibaiki.

Namun, sehingga 2022 ini masih ramai penduduk yang tidak mendapatkan hak mereka untuk hidup seperti rakyat Malaysia yang lain.

“Di mana pemimpin Sabah? Di mana pemimpin Malaysia? Semoga disusahkan hidup mereka selagi ada orang susah di Malaysia & selagi mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Amin.” – netizen

“Allahuakbar. Kesian . Tak Kan lah basic jalan tar pun X boleh buat kerajaan. Tapi pemimpin kaya”- netizen

“Patut batalkan projek mrt dan bagi kpd menaikkan infra sabah dan sarawak…sedih baca benda2 mcm ni”- netizen

Apapun, takziah diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang terlibat. Semoga diberi kekuatan diatas pemergian anak tersayang.

Mohon viralkan hal ini agar sampai ke pihak yang sepatutnya untuk tindakan sewajarnya. Pahit untuk ditelan, inilah realiti yang berlaku di Daerah Kota Marudu, salah satu daerah termiskin di Malaysia.

Sumber: Twitter

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!