Pelajar Tahun 1 Bantu Rakan ‘Istimewa’, Guru Bangga Ada Anak Murid Baik Hati!

Tular sebuah hantaran oleh seorang pengguna Facebook yang memaparkan mengenai persahabatan antara pelajar tahun 1 yang disaksikannya di sebuah sekolah. 

Kisah sebuah persahabatan yang menarik perhatian ramai warganet ini telah dimuatnaik oleh seorang guru SK Sungai Kapit.

Baca Juga: Bantu Ibu Jualan, Adik Syahmi Sanggup ‘Panjat’ 11 Blok Bangunan!

Persahabatan Pelajar Tahun 1

Cikgu Sylvester Ronny, pada waktu itu telah terserempak dengan pelajar-pelajar tahun 1 yang sedang berada di luar kawasan tandas. 2 orang daripada pelajar tersebut sedang membantu rakannya seorang untuk membuka tali pinggang kerana ingin membuang air. 

pelajar tahun 1

“Selepas waktu rehat, semasa menuju ke kelas saya terserempak dengan 3 sahabat ini (pelajar tahun 1). 2 orang rakannya tengah membantu untuk membuka tali pinggang kerana ingin membuang air.”

“Murid “J” ini sememang nya istimewa. Dia adalah bekas murid saya di prasekolah. Dia masih tak pandai mengurus diri sendiri. Bahkan semasa di Tahun 1, dia masih lagi menggunakan pampers. Tapi mungkin hari ini dia tak guna pampers. Percakapan dia pun tak berapa jelas (agak slow).”

“Tapi yang membuatkan saya bangga dia mempunyai ramai kawan di dalam kelas yang cukup prihatin dengan dia. Bahkan kadang-kadang kawan-kawan dia sanggup tolong dia beratur untuk ambilkan makanan RMT di kantin sekolah. Dia juga seorang yang sangat peramah walaupun dia agak lain daripada murid yg lain.”

“Pendek kata, rakan yang sekelas dengan dia semua memberikan perhatian kepada dia walaupun mereka masih di usia 7 tahun. Kawan dia itulah yg tolong bukakan tali pinggang dan juga kemaskan semula baju dia bila dah siap. Selepas itu mereka pimpin tangan balik ke kelas semula sambil ketawa riang.”

Terharu, Warganet Beri Pujian 

“Alhamdulillah. Membesar dengan memiliki jiwa yang baik hati. Ini juga rezeki utk kita esp anak dan mak ayah mereka. ❤👋💪🤲👍” 

“Pengajaran baik buat semua , tua dan muda”

“Bagusnyaaa kawan dia ya allah 😭😭😭 siap betulkan lagi baju lepas dah settle semua”

Semoga anak-anak ini membesar dengan baik dan berjaya dalam pelajaran masing-masing. Nanti besar bila tengok kembali cerita ini mesti mereka rindu detik-detik ini. 

pelajar tahun 1

Sumber: Sylvester Ronny

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!