Buat kaki pancing, anda pasti tahu ikan apa yang dimaksudkan ini. Paling tidak, sudah pasti anda dapat gambarkan bagaimana keseronokannya jika berjaya memancing haiwan laut sepanjang ini!
Ikan Air Tawar Terpanjang Di Dunia
Menurut the National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), 95% laut masih belum diteroka oleh manusia. Bayangkan terdapat banyak jenis spesies ikan yang kita sebenarnya tidak tahu!
Daripada sebesar-besar saiznya, sehinggalah sekecil-kecilnya.
Malah, haiwan ini bukan sahaja boleh ditemui di laut bahkan ia hidup di tempat berair yang lain seperti sungai, tasik, kawasan paya dan longkang.
Kehidupan ikan air tawar sama sahaja seperti kehidupan ikan di laut dan turut mempunyai pelbagai jenis, spesies dan juga saiz.
Hah, nak tahu tahu tak salah satu ikan tawar terpanjang di dunia?
Inilah dia, Arapaima!
Menurut Wikipedia, Arapaima atau Arapaima gigas, juga dikenali sebagai Pirarucu oleh orang Brazil, dan Paiche di Peru.
Ikan Arapaima Boleh Mencecah Ribuan Ringgit!
Arapaima adalah spesies ikan yang berasal dari lembangan Sungai Amazon dan merupakan antara ikan air tawar terpanjang di dunia. Panjangnya boleh mencecah sehingga 15 kaki. Manakala beratnya pula boleh mencecah 135 kg.
Namun, disebabkan faktor tangkapan secara berlebihan, ukuran Arapaima makin mengecil sekurangnya 6 kaki. Tangkapan secara berlebihan juga menyebabkan haiwan ini semakin sukar ditemui dan dikategorikan sebagai salah satu spesies terancam.
Untuk pengetahuan anda, Arapaima adalah spesies ikan air tawar yang paling mahal dijual dan boleh mencecah ratusan bahkan ribuan ringgit walaupun saiznya kecil. Disebabkan harganya ini, ia menjadi buruan oleh orang ramai terutamanya buat kaki pancing dan nelayan.
Baca juga: Pelajar Tahun 1 Bantu Rakan ‘Istimewa’, Guru Bangga Ada Anak Murid Baik Hati!
Sejenis Haiwan Purba Yang Mampu Bertahan 24 Jam Tanpa Air
Arapaima merupakan spesies ikan‘ purba’ yang hidup sekitar Miocene era anggaran 5 hingga 23 juta tahun lalu lantas menjadikan ia antara spesies ‘living fossil’ yang masih wujud sehingga sekarang. Ia kerap muncul ke permukaan untuk mengambil udara bagi bernafas. Antara kebolehan Arapaima pula, ia mampu bertahan selama 24 jam TANPA air!
Sisik Arapaima boleh mencapai panjang 6cm setiap satu. Sisiknya yang besar dan bertulang melindunginya daripada piranha dan pemangsa semulajadi lain di hutan hujan.
Ia juga mempunyai badan yang panjang dan sirip ekor yang bulat dan kecil. Badan yang panjang dan sirip tersebut berfungsi untuk memudahkan ia berenang di sungai yang alirannya bergerak perlahan.
Memiliki lidah bertulang adalah merupakan ciri yang menentukannya sama ada spesies Bonetgue atau Osteoglossiformes.
Sumber: https://siamsay.com/5664/
—
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.