Bekas Pensyarah? Makcik ‘Cleaner’ Boleh Berbahasa Jepun & 1nggeris Dengan Lancar!

Makcik ‘Cleaner’ Pandai Bahasa Jepun & Inggeris

Tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Hanafi Damanhuri)  yang memaparkan tentang seorang mak cik ‘cleaner’ yang menyapa & berbual dengan pelancong Jepun itu menggunakan bahasa Jepun & Inggeris di Masjid Negara hari ini. 

Pengguna Facebook tersebut adalah merupakan individu yang membawa delegasi pelancong daripada Jepun itu berdasarkan balasan komen yang beliau. 

Mempelajari pelbagai bahasa boleh memberikan banyak kebaikan kepada seseorang individu. Contohnya, boleh memahami dan berinteraksi dengan orang asing tanpa berasa kekok. 

Begitulah yang terjadi hari ini. Seorang makcik dirakam sedang berbual bersama delegasi Jepun dalam bahasa Jepun dan juga Inggeris. Lancar pula tu. Memang power gila!

BACA JUGA: Ikan Air Tawar Terpanjang Di Dunia, Panjangnya Boleh Mencecah 15 Kaki!

Makcik ‘Cleaner’ Tersebut Adalah Bekas Pensyarah?

Video berdurasi 47 saat itu mampu membuatkan warganet terpegun dan terkesima melihat situasi itu. Makcik tersebut adalah merupakan pekerja pembersihan di masjid dan dipercayai bekas pensyarah di sebuah universiti tempatan. 

Tetapi sejauh mana kebenarannya, tiada siapa yang tahu. Yang penting, makcik ni memang power!

Video tersebut meraih banyak reaksi positif daripada warganet dan rata-rata berasa sangat kagum dengan kemahiran berbahasa makcik itu. Sehinggakan ada yang komen, entah-entah makcik ni pandai banyak bahasa lain lagi!

“Cara cakap pun tau bukan kaleng2. Mungkin kerja cleaner tu just nak himpun pahala je.”

“Sama yang viral haritu makcik kat kelantan yang meniaga ape xtau ckp omputeh, rupanya dia bekas cikgu bahasa inggeris”

“Tah2 dia jadi cleaner free je. Bukan ambil bayaran. Nak pahala bukan nak harta”

“Blue-collar workers are not always uneducated. Sometimes they do it out of boredom after retirement, by choice. Just like this one aunty at kpj. She was a nurse, husband duduk SG. Parking dalam building hospital, drive Camry.”

“Selalu dengar kisah orang-orang yang dah pencen decide kerja cleaner sebab nak isi masa lapang. Dulu masa intern ni ada sorang pak guard ajak sembang. Tua dah dia. Sembang punya sembang rupanya alumni UKM kos ekonomi. Dah bekerja bank puluh tahun. Inspiring.”

 

Makcik 'Cleaner'

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!