Zaman persekolahan adalah merupakan waktu yang paling menyeronokkan. Macam-macam pengalaman yang dilalui pada zaman ini antaranya ialah dapat berjumpa ramai kawan daripada pelbagai jenis latar belakang.
Pelajar India Suap Kawan Sindrom Down Persis Mak Suapkan Anak
Di kala ramai yang ragu-ragu masih ada kah kebaikan diluar sana, video pendek yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok (@azizahazedi) ini membuktikan segalanya.
@azizahazedi Replying to @sacita21 thanks for the comment. Hope this vedio also make you happy. They so kind to each other, they also caring and loving kids ❣️ This vedio during PPKI rest time, Mahalaksmi suap Hanisah makan. I suka this scene but somehow make me sad also #fypppp #ppki #pendidikankhas #mbk #smktbi
Video yang tersebut memaparkan seorang pelajar perempuan sedang menyuapkan makanan kepada rakannya yang merupakan seorang Sindrom Down.
Rakaman video itu diambil oleh seorang guru ketika sesi rehat di sebuah sekolah pendidikan khas dan telah tular sejak daripada semalam lagi. Video Tik Tok tersebut berjaya mendapat lebih kurang 548.8k tontonan dan telah dimuat naik semula di pelbagai platform.
Menurut guru tersebut, pelajar yang disuap itu menghidap Sindrom Down dan mempunyai masalah makan agak lambat.
Pelajar perempuan India itu bernama Mahalaksmi, manakala rakannya yang istimewa tersebut dikenali sebagai Hanisah.
“..thanks for the comment. Hope this vedio also make you happy. They so kind to each other, they also caring and loving kids ❣️ This vedio during PPKI rest time, Mahalaksmi suap Hanisah makan. I suka this scene but somehow make me sad also” – caption Tik Tok
Baca Juga: Pelajar Tahun 1 Bantu Rakan ‘Istimewa’, Guru Bangga Ada Anak Murid Baik Hati!
“Bertuah Ada Kawan Macam Ni” – Netizen
Video ini membuatkan ramai netizen tersentuh hati melihat ketulusan pelajar tersebut. Ramai yang kembali percaya Malaysia adalah negara harmoni walaupun rakyatnya berbilang bangsa.
“Anak2 seperti kain putih ibu bapa lah mencorak anak2 itu.Jika cantik coraknya baik lah anak itu dan begitu jugak sebaliknya. Suka tengok moment macam ni menyedarkan diri konsep 1 malaysia masih lagi wujud. Rindu zaman sekolah dulu~ 😊”
“Sahabat selamanya tau dik. Humanity restored. Simple act mcm nie hebat impak dia dik. Aku nangis.”
“They will be friends forever.!!! Trust me..!! I can see sincerity in her eyes🥺🥺🥺🥺”
“Pure soul 💚”
Sumber: https://www.tiktok.com/@azizahazedi
—
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.