Bijaknya Anjing Ini Menolong Tuannya, Tak Terjangkau Dek Akal! ~ Satu video yang memaparkan mengenai seekor anjing bijak yang membantu tuan untuk menyusun tayar telah berjaya mendapat perhatian warganet.
Klip video dengan durasi 1 minit itu memaparkan seekor anjing yang sedang membantu tuannya iaitu seorang wanita menyusun dan mengangkat tayar. Haiwan tersebut menggunakan mulutnya untuk menggerakkan tayar tersebut.
Baca Juga: [Vide0] Tersentuh! Pelajar India Suap Rakan Sindrom Down Makan Penuh Kesabaran
Anjing Ini Menolong Tuannya Dengan Strategi Bijak
Melihat tuannya kesusahan, haiwan tersebut bertindak bijak dengan berusaha Mengumpulkan keempat tayar tersebut dalam satu gigitan agar memudahkan kerja tuannya. Sementara itu, tuannya dilihatkan sedang terus melakukan kerja tersebut.
Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya haiwan tersebut berjaya melakukan strategi yang dirancangnya untuk membawa semua tayar tersebut dalam satu gigitan.
https://twitter.com/i/status/1560263956135944192
Kebijaksanaannya Dipuji Warganet
Tindakan bijak anjing tersebut berjaya menarik perhatian warganet sekaligus menunjukkan betapa sayangnya anjing ini kepada tuannya sehingga tidak sanggup tuannya bersusah payah.
Setelah video ini dimuat naik semula di Twitter dengan kapsen, “Kebijakan seekor membantu tuannya untuk menggerakkan tayar dan memikirkan cara membawa 4 tayar dalam satu gigitan”, video tersebut berjaya Mendapat lebih daripada 6.5 juta tontonan, 226K suka dan 28k tweet semula.
Tidak ketinggalan juga komen-komen warganet yang memuji kebijaksanaan anjing tersebut.
Betullah sesungguhnya setiap makhluk ciptaan Tuhan itu mempunyai kelebihannya masing-masing. Janganlah kita sesekali menganiaya binatang kerana siapa tahu merekalah yang akan menolong kita kelak.
Berikutan video ini ramai warganet juga turut berkongsi mengenai haiwan kesayangan mereka di ruangan komen Twitter.
Sumber: Twitter
—
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.