Dengan izin Allah Insyallah, Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu

1.Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat

2.Jika dia seorang yang hiina, maka akan menjadi seorang yang mulia

3.Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan

4.Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan

5.Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar

6.Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya

7.Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128 Surah At-Taubah

“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129 Surah At-Taubah
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Erti ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Erti ayat 129

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Siapa nak beramal? Silakan… Lebih mujarrab jika memohon keizinan..
Sila komen “izinkan saya beramal”

sumber: fb ustaz ebit liew

5 Comments

  1. Asalamualaikum…ustaz izinkan dan halal kan amalan ini untuk saya amal dan sampaikan kepada suadara muslim yg lain…jazakumullah hukhairon jazak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!