Lelaki ini Terselamat Dalam Kemalangan, Dan Langsung Dirikan Solat dan Sujud Syukur Sebelah Kereta Remuk

Terselamat Dalam Kemalangan, Lelaki Ini Dirikan Solat & Sujud Syukur Sebelah Kereta Remuk, Buat Ramai Tersentuh Hati
Kemalangan boleh membunuh. Malang pula memang tidak berbau. Semua orang pasti berasa takut dengan kemalangan yang berlaku tanpa diduga, sama ada di jalan raya atau di mana sahaja.

Kalau seseorang mangsa itu terkorban, tiada apa lagi yang boleh diselamatkan. Namun jika mangsa itu masih bernyawa dan sempat diselamatkan, biasanya mereka akan dikejarkan ke hospital dalam kadar segera

Kereta berwarna kelabu yang dinaikinya didapati remuk di bahagian pintu kiri dan cermin depan, dipercayai mungkin hilang kawalan dan terbabas. Mangsa pula dipercayai terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Namun apa yang begitu menyentuh hati adalah mangsa berkenaan didapati mendirikan solat di depan keretanya. Ketika itu pasukan penyelamat sudah pun tiba di lokasi kejadian bagi tindakan lanjut.

Berdasarkan petikan kapsyen di laman Twitter Turkmedia, lelaki itu dikatakan mendirikan solat sunat dan sujud syukur kepada Allah SWT kerana dirinya masih hidup dan terselamat dalam nahas tersebut.

“Seorang insan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Aydin, tapi tidak tercedera dan terkorban. Jadi dia dirikan solat untuk mengucapkan rasa bersyukur kepada Allah kerana dia terselamat dalam nahas itu,” lapor ciapan tersebut.

Foto-foto tersebut tular dan mendapat perbualan hangat dalam kalangan netizen, rata-rata memuji tindakan lelaki ini yang tidak ‘melupakan’ Penciptanya setelah menyedari dirinya masih bernyawa.

Sungguh apa yang berlaku ini memang menjentik hati dan akal kita semua bahawa Allah Taala itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Jadilah insan yang bersyukur akan kehidupan yang dinikmati seperti lelaki ini.

Sumber:siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*