Sempena bulan Ramadan, baru-baru ini Faizal Tahir memuat naik sebuah video memperlihatkan dirinya membaca sepotong ayat al-Quran.
Di samping itu, bekas ahli kumpulan Mirwana itu turut memberi sedikit perkongsian kepada pengikutnya tentang pengajaran dari ayat ke-18 Surah Luqman itu.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, pelantun lagu Ragaman itu telah ditegur oleh seorang netizen yang memperbetulkan bacaannya.
Pemilik nama Ahmad Faizal Mohammad Tahir itu menerima teguran berkenaan dengan hati terbuka dan turut berkongsi paparan skrin mesej daripada individu tersebut.
View this post on Instagram
“Sungguh saya amat menghargai setiap teguran yang diberikan. Semoga lebih baik bacaan saya selepas ini. Insha’Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut penyanyi berusia 43 tahun itu, dia bersyukur dan sangat menghargai teguran yang diberikan oleh individu terbabit. Baginya, itu merupakan satu nikmat buat dirinya dan juga merupakan pahala besar untuk individu yang menegur.
Dalam pada itu, Faizal turut mengakui masih lemah dalam bacaan al-Quran dan akan perbaikinya lagi.
Respect pada si penegur dan penerima teguran!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji sikap penyanyi tersebut kerana terbuka menerima teguran.
Yang menegur berhemah, yang ditegur ikhlas berlapang dada
Moga kita semua beroleh ganjaran
Lepas ni boleh perbetulkan lagi bacaan
Belajar daripada yang menegur
Terima kasih share kebaikan
Terdahulu, Faizal Tahir mengambil keputusan untuk mengundur diri selepas 17 tahun menceburkan diri dalam dunia seni.
Keputusannya itu dilakukan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga tercinta.
Sumber: Instagram Faizal Tahir