Im4m dit4mpar k3tika s3dang m3njalankan ib4dah f4rdhu s0lat Svbuh

TANGKAP layar rakaman CCTV ketika lelaki itu menampar imam sewaktu solat Subuh di Masjid Baitul Arsyi, Pekan Baru, Riau. -AGENSI

PEKAN BARU: Seorang imam ditampar seorang lelaki berusia 21 tahun ketika memimpin solat Subuh di Masjid Baitul Arsy, Pekan Baru, Riau.

Lapor Kompas.com, Ketua Polis Pekan Baru, Nandang Mumin Wijaya berkata, suspek didapati mengalami gangguan jiwa dan dibawa menjalani pemeriksaan.

“Hasil keterangan daripada penduduk sekitar mendapati pelaku tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Keluarga lelaki itu pula memaklumkan dia mengalami gangguan jiwa,” katanya.

Menurut Nandang, lelaki itu akan dihantar ke Hospital Sakit Jiwa Tampan sambil ditemani pihak keluarga.

“Pelaku menampar pipi mangsa, Juhri Ashari Hasibuan ketika menjadi imam solat Subuh dan aksi itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV). Lelaki itu ditenteramkan oleh jemaah sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.

Sumber : utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*