Bantu Ibu Jualan, Adik Syahmi Sanggup Panjat 11 Blok Bangunan! – Kesusahan hidup sering mengajarkan kita erti bersyukur dan mempunyai sifat empati kepada orang lain. Selain itu, ia juga akan membuatkan kita untuk lebih menghargai apa yang kita miliki kerana untuk mendapatkannya begitu susah.
Kanak-kanak yang melihat kesusahan ibu bapanya akan cenderung untuk mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi di samping semangat yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.
Baca juga: (Vide0) B4bi Mempermudahkan Urusan Manusia – Walaupun Dipandang Hina Ia Tetap Makhluk Tuhan!
Adik Syahmi Bantu Ibu Jual Nasi Lemak & Laksam
Kesusahan hidup yang dihadapi menyebabkan remaja yang dikenali sebagai adik Syahmi ini tekad untuk membantu ibunya mencari rezeki setiap hari. Adik ini merupakan seorang remaja yang berumur 15 tahun.
Dia adalah merupakan anak yatim sejak kecil lagi dan tidak mempunyai adik beradik lain. Baginya, ibu adalah segala-gala untuknya.
Melihat ibunya bersusah payah membesarkannya membuatkannya ringan tulang untuk membantu ibunya mencari rezeki.
Panjat 5 Tingkat , 11 Blok Bangunan – Demi Habiskan Jualan!
Adik syahmi telah membantu ibunya untuk menjual Nasi Lemak Kuning dan Laksam sejak berumur 10 tahun lagi. Apa yang menakjubkan ialah bayangkan setiap hari dia akan panjat tangga lima tingkat bangunan yang mempunyai 11 blok bagi memastikan jualan ibunya habis.
Bayangkan 11 blok bangunan, dan setiap bangunan ada 5 tingkat. Semua rumah dia pergi satu persatu memastikan jualan ibunya habis!
Apabila krew daripada FS Channel mengikuti adik Syahmi ini untuk pergi menjual, sejujurnya ialah adalah hari yang sangat meletihkan.
Untuk menarik perhatian orang, dia akan jerit kuat-kuat sehingga ada yang membeli. Yang berdekatan dan tinggal di kawasan tu kalau dengar adik Syahmi jerit “nasi lemak” cepat-cepat buka pintu untuk membeli.
“Letih sangat bila ikut adik ni bagi orang. Macam mana lah dia boleh naik tangga hari-hari. Adik ni akan jerit kuat-kuat ” nasi lemak ” bila sampai setiap tingkat. RM1 je sebungkus dan sambal nasi lemak dia sangat sedap. Makan satu mesti nak lagi.”
Sikap Rajin Yang Perlu Dicontohi
Ini lah sikap rajin yang perlu dicontohi oleh anak-anak kita. Pada masa kini, ramai kanak-kanak dan remaja yang sudah tidak lagi mahu bersusah payah dan mahukan sesuatu tanpa berusaha dek kehidupan mereka yang terlalu senang. Apatah lagi apabila disuruh membantu ibu bapa, pastu banyak sahaja alasan yang diberikan.
Sekali sekala ajarkan anak-anak kita untuk bersusah payah sebelum mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan dan tanamkan bersifat ringan tulang untuk membantu ibu bapa.
Sumber: FS Channel
—
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.