Apabila bercakap tentang haiwan babi ini, ramai yang tersalah faham. Walaupun di agama Islam haiwan ini haram untuk disentuh dan dimakan, namun ia juga adalah merupakan haiwan ciptaan Tuhan yang perlu dilayan sama seperti haiwan yang lain dengan batas-batas yang ditetapkan oleh agama.
Pengharaman haiwan ini untuk dimakan atau disentuh bukanlah menjadi tiket untuk kita sebagai Muslim menganiayanya.
Baca Juga: Sedih! Lelaki Ini Meninggal Dunia Selepas Kehilangan Haiwan Peliharaan Yang Dijaga Selama 14 Tahun
“Babi Mempermudahkan Urusan Manusia”
Dalam sebuah video yang tular, ia memaparkan seekor babi dilihat sedang mengalihkan sesuatu yang menghalang lalu lintas.
Haiwan tersebut menolak bongkah kayu yang berada di tengah-tengah jalan menggunakan kepalanya sehingga ke pinggir jalan.
Walaupun babi tersebut bersaiz kecil, namun tidak dinafikan semangatnya besar untuk mengalihkan bongkah kayu yang lebih besar daripada badannya itu.
Video tular tersebut telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook dan mendapat lebih 3M tontonan.
“Babi adalah makhluk tuhan jugak. Kadang2 kita dalam kesusahan babi juga yg tolong kita.😅😅 Kalau Tuhan mahu tunjuk nothing is impossible.” – begitulah caption yang ditulisnya.
Terima Kasih Makhluk Tuhan- Netizen
Berikutan video tersebut, ramai yang menzahirkan rasa terima kasih kepada haiwan tersebut kerana telah mempermudahkan urusan manusia. Tidak kurang juga yang memujinya sebagai makhluk yang bijak.
Berikut adalah antara komen-komen netizen yang menarik perhatian;-
“Alhamdullilah terimakasih mahluk Allah yg telah membantu😊”
“Ya Allah.. video ni pun dapat direkod sebab dengan izin Allah.. Jazaakallahu khairan.. semua kejadian Allah bersebab.. Allah maha perancang segalanya..”
“Setiap ciptaan Allah ada kelebihan dan ada kekuranya bkn saja² Allah cipta apa yg kita nampak di kiri kanan kita sebenarnya ujian untuk kita.”
“Tak tahu bagaimana perasaan dia ketika itu.dia pun tak peduli kenderaan yg lalu lalang bahaya pd diri sendiri.walau pun haiwan yg kita takut tersentuh. Rupanya tersentuh juga hati ini😔”
“Sy setuju dgn kata2 tu…sehina hina babi tp dia x da dosa….dia pun ciptaan Tuhan,tgok dia permudahkn masalh manusia agar dorrom tu tak menghalang d tengah jalan……itulah makhluk ciptaan Tuhan”
“Kita manusia bukan nak memudahkan… Menyusahkan lagi ada.. Jgn pandang terlalu hina pada ciptaan Allah sekalipun ianya haram utk muslim memakannya.. ♥️♥️”
Sumber: Facebook
—
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.