Sedih! Lelaki Ini Meninggal Dunia Selepas Kehilangan Haiwan Peliharaan Yang Dijaga Selama 14 Tahun

Haiwan peliharaan adalah merupakan tempat tuannya mencurahkan kasih sayang dan perhatian. Dengan kehadiran mereka, hidup kita lebih gembira.

Begitulah yang dirasakan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Ken, berumur 80 tahun. Baginya, haiwan kesayangannya itu menawarkan nilai persahabatan, cinta tanpa syarat serta menemaninya ketika melakukan apa sahaja dan memberi semangat untuknya teruskan kehidupan. 

Baca Juga: Institut Penyelidikan Perikanan Lepaskan Ikan Paus Yu Bersaiz 10 Meter!

Setelah 14 Tahun Dipelihara, Haiwan Peliharaan Jatuh Sakit

Ken adalah merupakan seorang penduduk di Hemet, California bersama anjingnya yang diberi nama Zack. Menurut jiran-jirannya dia seorang yang peramah tetapi secara amnya menyendiri.

Haiwan Peliharaan

Ken telah memelihara seekor Zack selama 14 tahun sebelum haiwan kesayangannya itu jatuh sakit. Melihat keadaan anjingnya itu Ken berasa sangat sedih dan kecewa. 

Hubungan antara Ken dengan anjingnya, ibarat seorang ayah dengan anaknya. Jadi apabila melihat Zack, anjingnya itu jatuh sakit, sudah pasti Ken merasa sangat sedih. 

Meminta Bantuan Untuk Merawat Anjingnya

Ramai jiran-jiran lain dan juga rakan-rakannya mengumpul dana untuk membantu merawat anjingnya itu setelah mendengar curahan hati Ken melalui seorang jirannya. 

Jirannya (dikenali sebagai Carol) berkata: “Ken menangis … Dia berkata, ‘Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tidak mempunyai wang untuk membawanya ke doktor haiwan”..

Disebabkan hal itu, Carol memutuskan untuk menyiarkan tentang nasib Ken di media sosial dengan harapan ramai yang dapat membantu merawat anjing kesayangan Ken itu.

Rayuannya dijawab oleh Elaine Seamans, pengasas Yayasan At-Choo, sebuah organisasi penyelamat yang membantu anjing yang memerlukan rawatan perubatan.

Hasil bantuan Elaine, Zack telah didiagnosis dengan penyakit glaucoma, arthritis teruk dan murmur jantung. Ini menjadikan sebarang pembedahan mustahil.

Akhirnya setelah beberapa ketika, Zack kembali kepada sang Pencipta meninggalkan tuannya bersendirian. 

Haiwan Peliharaan

Haiwan Peliharaan 2

Kesepian, Ken Akhirnya Meninggal Dunia

Tetapi malangnya, kesedihan tidak berakhir di sana. Tidak lama selepas dia kehilangan Zack yang dicintainya, Ken meninggal dunia akibat serangan jantung. Sebelum itu, dia sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membantunya merawat haiwan peliharaan iaitu anjing kesayangannya, Zack. 

Haiwan Peliharaan
Kad-kad yang diterima oleh Ken selepas Zack, anjingnya meninggal dunia.

” I am extremely humbled, feeling everyone’s kindness, reading your cards over and over and feeling the outpouring of love for Zack. This has literally brought me to my knees with tears flowing. I will be forever grateful to all of you for your help and taking the time to reach out to a man you never knew and will undoubtedly never meet that is helping me fill the void of loneliness without Zack. I feel your comfort and carry you all in my heart. May God bless each and every one of you. – Ken Pendagraft “

Semoga Ken berehat dengan tenang bersama anjing kesayangannya Zack.

Begitulah kesedihan yang dirasakan oleh seorang tuannya yang begitu sayang kepada haiwan peliharaannya. Ada sesiapa pernah alami kejadiannya yang sama juga?

Semoga Ken berehat dengan tenang bersama anjing kesayangannya Zack.

Sumber: https://lolitopia.com/2021/03/23/a3-7/?cnt=36388&u=done , Facebook

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!