Sedihnya! ‘Wanita Silver’ Ini Cekal Mencari Rezeki, Walaupun Sarat Meng4ndung

Kecekalan seorang ‘wanita silver’ yang sedang berdiri di tepi jalan berdekatan sebuah pusat beli-belah di Jakarta berjaya menarik perhatian Ebit Lew. 

Wanita tersebut kelihatan berdiri sambil memegang kotak untuk meletakkan duit yang diberi orang awam sekiranya lalu di kawasan itu. Seluruh badan wanita itu berwarna silver termasuk muka dan juga rambutnya. 

Apabila di hampiri oleh Ebit Lew, wanita silver tersebut tersenyum mesra sambil berbual-bual.

BACA JUGA: Sungai Terlalu Kering Sehingga Orang Ramai B0leh Menyeberang Dengan Berjalan Kaki!

‘Wanita silver’ Cekal Mencari Rezeki Walaupun Sarat Mengandung 

 

Dalam caption yang ditulis oleh Ebit Lew di instagramnya, beliau menyatakan bahawa sebenarnya kisah wanita ini pernah tular dulu. 

Wanita tersebut kehilangan kerja semasa musim Covid dan terpaksa mencari rezeki dengan menjadi ‘cosplay’ wanita silver. Dia mengecat seluruh tubuhnya dengan warna silver untuk menarik perhatian orang ramai. 

“Semalam masa keluar mall dekat Jakarta ternampak kakak silver ni yang sedang mengandung berdiri sahaja di tepi jalan. Pernah ternampak kisah kakak ini. Semenjak covid kehilangan kerja. Mula letak cat minyak di badannya dan berdiri tegak tepi jalan mencari rezeki. Beliau non muslim.”

Menangis demi menyara hidup, beli makanan, susu dan pampers anaknya. Ibunya ini sedang mengandung. Saya terus berhentikan kereta. Tanya khabarnya. Sedih melihat keadaannya. Tak terfikir kuatnya seorang ibu demi anak sanggup berdiri begini sepanjang hari.

Beri sedikit hadiah. Berulang kali kakak ini tanya. Ini benar pak. Ini benar pak? Sampai kakak ini menangis. Tak dapat tahan rasa sedih. Saya tanya apa lagi saya boleh bantu. Katanya ini pun sudah banyak pak. Kenapa bapak baik membantu saya. Saya bawa beli barang dapur dan susu anak-anak. Semoga Allah bantu dan mudahkan buat kakak ini.”

wanita silver

Kesusahan hidup menyebabkan seorang ibu sanggup berbuat apa sahaja demi anak-anaknya walaupun dirinya sendiri kelihatan seperti tidak mampu lagi. 

Sebagai manusia, apabila kita melihat orang lain dalam kesusahan ringankanlah tangan untuk membantu walaupun sedikit. Semoga dengan bantuan itu dapat meringankan bebannya. 

Apapun, semoga wanita itu diberikan rezeki yang banyak untuk dirinya dan anak-anaknya. 

Sumber: Instagram 

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!