[Video] Anjing Laut Terlilit Tali Pancing, Nasib Baik Ada Yang Tol0ng Selamatkan!

Anjing laut adalah merupakan sejenis haiwan mamalia dan salah satu haiwan yang hidup di laut. Haiwan ini biasanya dijumpai di kawasan yang beriklim sejuk. 

Terlilit Dengan Tali Pancing, Badan Anjing Laut Itu Luka Teruk

Disebabkan aktiviti manusia, anjing laut adalah antara haiwan yang menerima kesan perbuatan tidak berperikemanusiaan. 

anjing laut

Ini bukan kejadian pertama kali yang berlaku bahkan sudah berkali-kali berlaku sehingga boleh menyebabkan beberapa haiwan laut semakin berkurangan jumlahnya. 

Dalam sebuah video yang dimuat naik semula oleh salah seorang pengguna Twitter, memaparkan sekumpulan lelaki yang cuba menyelamatkan anjing laut yang terlilit dengan tali pancing dan seekor lagi yang terkena mata pancing. 

“Jangan buang sampah merata rata, bukan awak sorang je yang nak hidup atas bumi ni”

“Pesanan ini untuk semua orang, termasuk nelayan dan pemancing.”

Haiwan tersebut kelihatan meronta mungkin disebabkan oleh kesakitan apabila pemuda berhati baik itu cuba memotong tali pancing yang melilit tubuhnya. 

Setelah tali pancing tersebut berjaya dileraikan, kelihatan luka yang sangat dalam di tubuh haiwan itu. Sedih sangat bila tengok haiwan tu kesakitan. 

anjing laut

Dalam video kedua yang dimuat naik semula pula memaparkan seekor lagi anak anjing laut yang terkena mata pancing. Mata pancing yang tajam itu tersangkut pada tubuhnya!

Pada mulanya anak anjing laut seperti melawan, namun berjaya ditenangkan dan pemuda itu pun terus mencabut mata pancing yang tersangkut pada tubuhnya. 

BACA JUGA: Sedihnya! ‘Wanita Silver’ Ini Cekal Mencari Rezeki, Walaupun Sarat Meng4ndung

Apa Yang Perlu Kita Lakukan 

Untuk mengelakkan  perkara ini terus terjadi,  terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan sebagai orang awam,  iaitu:

  • Jangan membuang sampah merata-rata. Hal ini kerana,  sampah seperti plastik beg boleh menjerut leher haiwan ini dan mengakibatkan kecederaan. 
  • Elakkan membuang benda tajam di kawasan laut. 
  • Jangan  membuang  peralatan pancing seperti pukat/jala, tali pancin, mata pancing di kawasan laut. 

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!