Walau Hanya Ada Sebelah Mata, Ibu 7 Anak Berjaya Genggam PhD Setelah 6 Tahun Menuntu Ilmu

Walau Hanya Ada Sebelah Mata, Ibu 7 Anak Berjaya Genggam PhD Setelah 6 Tahun Menuntu Ilmu

Mempunyai masalah penglihatan iaitu mata kanan tidak berfungsi tidak sesekali melunturkan semangat ibu 7 anak untuk memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD), lapor Bernama.

Ibu 7 Anak Berjaya Genggam PhD
Setiap graduan mesti tak sabar menantikan hari konvokesyen setelah sekian lama bertungkus lumus menuntut ilmu. Terdahulu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan ijazah PhD, sarjana dan sarjana muda kepada 1,124 graduan UiTM pada hari kedua istiadat konvokesyen.

Norhayati turut menyatakan beliau pernah juga pernah mahu berputus asa, pernah rasa mahu jual tanah untuk bayar semula biasiswa dan pada satu tahap, beliau rasa macam sudah tak nampak hala tuju kerana tiada hasil. Beliau turut bersyukur kerana ramai penyelia menjadi tulang belakangnya.

Norhayati Sambak, 52, berkata meskipun mengambil masa 6 tahun, beliau bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau yang juga merupakan pensyarah di UiTM Kelantan ini menjelaskan yang anak-anak dan suami adalah pemb4kar semangatnya untuk mengambil PhD.

Wanita cekal yang telah menghasilkan 2 buku berkaitan kewangan ini turut dibantu staf UiTM mendapatkan suaminya selepas majlis memandangkan penglihatannya yang sangat minimum membantutkan pergerakannya.

Norhayati kini terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi menjalani kehidupan seharian selepas mata kirinya pula mengh1dap lekangan retina, namun itu tidak memadamkan cita-citanya untuk meraih skrol PhD.

Sumber: mymediamaya.com

Leave a Comment

error: Content is protected !!