Suami h1lang 1ngatan dah sihat, wanita d4kwa mentua mahu mereka b3rpisah

Kisah wanita ini kembali menjadi perhatian dua bulan lalu, apabila suaminya yang hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya sudah sembuh selepas menjaga lelaki itu sepenuh hati sejak empat tahun lalu.

Namun setelah keadaan pulih, wanita tersebut Siti Rohayu mendakwa pihak mentua cuba untuk memisahkan dia dan suaminya, Muhamad Ridhwan Mohd Zaki dengan mengambil tindakan di mahkamah.

Apatah lagi sebelum ini wanita berusia 31 tahun itu terpalit dakwaan berkhalwat dengan seorang pemuda, lalu menyebabkan pihak mentua dipercayai menggunakan isu tersebut untuk menuntut hak mereka.

“Sakit tapi sampai masa terpaksa melepaskan…”

Menerusi sebuah posting di platform TikTok, video luahan Rohayu atau mesra dipanggil Umy dipenuhi pelbagai reaksi serta persoalan warganet yang cuba memahami situasi wanita berkenaan.

Bagaimanapun, rata-rata tumpang simpati dengan nasib ibu kepada dua cahaya mata itu selain mendoakan agar masalah dihadapi pasangan tersebut akan menemui jalan penyelesaian.

“Belah sana tengah lawan kat mahkamah..”

Kalau betul nak tinggal laki dia, baik tak payah jaga sampai sihat

“Mereka nak mahkamah putuskan..”

“Mungkin dia nak menantu yang lebih baik…”

Tabah la Ayu, Allah bersamamu!

Sekitar Mei tahun lalu, media melaporkan Siti Rohayu mendakwa terdapat pihak yang cuba untuk menabur fitnah terhadap dirinya sehingga timbul isu khalwat berkenaan.

Dia menjelaskan, pemuda tersebut adalah adik angkatnya yang banyak membantu menguruskan suami berikutan keadaan fizikal Muhamad Ridhwan yang berbadan besar menyukarkan dirinya untuk berbuat sendirian.

 

Sumber: TikTok @sitirohayu303 / ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!