Sarjan meninggal kerana k4nser, tinggalkan 39 anak-anak bulus yang comel

SEORANG anggota polis wanita berpangkat Sarjan meninggal dunia selepas menderita kanser ovari, 9 Februari lalu.

Menurut Polis Selangor, Sarjan Nur Emelia Abdul Wahab, 44, yang berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 4.00 pagi.

 

 

Katanya, jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh pada hari yang sama.

“Al-Fatihah. Takziah buat keluarga Allahyarhamah Sarjan Nor Emelia binti Abd Wahab. Seluruh warga Polis Kontinjen Selangor mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya dalam satu hantaran Facebook.

Pemergian Sarjan Nur Emelia Abdul Wahab mengundang pilu bukan sahaja kepada ahli keluarga dan rakan-rakannya, malah 39 kucing yang dipelihara arwah di kediamannya di kuarters PDRM Seksyen 9, Shah Alam.

Difahamkan, kucing-kucing arwah bekal diserahkan kepada orang ramai untuk dipelihara.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : cempedakcheese

Leave a Comment

error: Content is protected !!