Tinggal Di Bawah Jambatan, Pak Cik Ini Diberi Rumah Baru Oleh Ebit Lew! ~ Kita sering mengeluh mengenai kesusahan hidup yang kita alami, tetapi pernahkah kita berfikir bahawa ada ramai lagi insan lain yang lebih susah daripada diri kita?
Melihat satu post yang dimuat naik oleh seorang usahawan yang terkenal dengan sifat pemurah beliau, admin tertarik untuk berkongsi mengenai post tersebut.
Tinggal Di Bawah Jambatan
Dalam post tersebut, kelihatan seorang pak cik yang agak berusia, berbaju lusuh, dan dalam keadaan seperti tidak terurus disantuni oleh usahawan tersebut.
Menurut post yang ditulis, pak cik tersebut tinggal dibawah sebuah jambatan yang agak tersorok. Tak tercapai dek akal fikiran bagaimana pak cik tersebut boleh tinggal, tidur dan berehat, di tempat yang tidak selesa itu. Jambatan tersebut terletak di Kg Kemensah berdekatan dengan zoo negara.
Mungkin ada di antara kita yang sering lalu ulang-alik di atas jambatan tersebut tanpa mengetahui bahawa ada seorang tua yang tinggal dibawahnya.
“Sebak rasa hati. Terkejut bila lihat pakcik ni tinggal bawah jambatan. Tersorok di celah tu. Bawah jambatan Kg Kemensah dekat dengan zoo negara.” – tulis Ebit Lew.
Bukan sahaja tidak mempunyai tempat tinggal, pakcik itu juga mengalami masalah kaki yang menyebabkan beliau sukar untuk bergerak. Beliau bergerak menggunakan tongkat selepas mengalami kemalangan yang menyebabkan kakinya tidak dapat berfungsi dengan baik.
“Beliau kemalangan. Pakai tongkat. Susah nak mandi. Baju dah lusuh serta selipar semua koyak. Sampai jer pakcik ni menangis. Kenal saya. Seorang anak muda ternampak nasib pakcik ni berusaha cari saya. Syukur Alhamdulillah. Allah temukan.” – tambahnya lagi.
BACA LAGI: Nasib Baik Ada Lelaki Baik Hati Ini, Berani Betul Si C0mel Ni Nak Lari Ke Tengah Jalan!
Sebak, Pakcik Tersebut Diberikan Tempat Tinggal Baru
Atas sebab inisiatif seorang anak muda yang melihat kehidupan pakcik ini membawa beliau bertemu dengan seorang usahawan yang baik hati dan dermawan.
Melalui pertemuan tersebut, pakcik tersebut diberikan tempat tinggal yang baru dan selesa serta dibawa untuk gunting rambut, makan, beli tongkat yang baru dan sebagainya.
“Kami bawa pakcik gunting rambut, dan beri bilik tempat tinggal serta duit belanja. Gantikan tongkat yang dah susah nak guna. Sedih je pakcik ni masa peluk tadi. Terima kasih ye. Itu ajar diulang-ulang. Dah tiada sesiapa ketika usia begini. Dengan kemalangan.
Kami makan sama-sama. Tak pernah saya makan macam ni. Terima kasih ustaz. Hanya Allah membalas semua kebaikan ini. Dialah sebaik-baik pemberi balasan. Saya tak mampu nak balas semua ini. Semoga pakcik dimudahkan Allah segala urusan. “
Apa pun, semoga Kehidupan Pak cik ini bertambah baik dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Amin.
Sumber: Facebook
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.