Demi Bersekolah, Tiga Beradik Naik Motor Bersama Ayahnya – Motor R0sak Tepi Jalan Pula Tu 😭

Melihat empat orang beranak yang sedang menaiki motor bersama-sama amatlah menyentuh hati. Motor yang seharusnya digunakan untuk dua orang sahaja, terpaksa digunakan secara berempat akibat kesusahan hidup. 

Naik Motor Berempat, Demi Bersekolah

Dalam video ringkas tersebut, ia memaparkan tiga orang adik-beradik berusaha untuk menaiki motor yang dibawa oleh ayahnya di sebuah jalan  berdekatan Taman Tun Sambanthan. Melihat pakaian tiga beradik tersebut, mereka seperti baru pulang atau baru nak ke sekolah. 

Mungkin, mereka bersekolah berdekatan kawasan tersebut. Manakala, motor yang dinaiki mereka pula kelihatan seperti sedang rosak dan cuba dihidupkan semula oleh ayahnya menyebabkan mereka bertiga terpaksa menunggu di tengah jalan. 

Bayangkan bahaya dan risiko yang mereka tempuhi hari-hari. Situasi menyayat hati ini menyebabkan seorang pengguna jalan raya yang turut berada di situ merakamkan momen pada waktu tersebut. 

“Kadang-kadang kita lupa dengan apa yang kita ada..”

Apabila melihat kesusahan orang lain, ia akan membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kita rasa macam biasa je bila naik kereta tetapi mungkin bagi orang lain itu adalah satu nikmat yang besar buat mereka. 

Oleh itu, mari kita sama-sama sentiasa melatih diri untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki dan jangan pernah sombong dengan orang lain. 

Buat tiga beradik tersebut, semoga diberikan kejayaan dalam menuntut ilmu dan diberi peluang untuk membalas jasa kedua orang tua yang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya dalam pendidikan walaupun terpaksa bersusah payah. 

BACA: Ko Keluar Istana Gedik Pula. Abg P0lis Pun Melayan. Boleh Kena Saman Ni, Ganggu Tugas.

Komen Warganet

Berikut ialah antara komen warganet yang turut sebak dan prihatin melihat video tersebut:-

“Moga dipermudahkan segala urusan beliau Dan moge anak2 beliau berjaya mengubah nasib keluarga Dan menjadi anak2 soleh Dan solehah yg x lupakan jasa ibu bapa bila dh berjaya amiin❤️❤️”

“Semoga dipermudahkan segalanya & dilindungi keselamatan mereka”

“Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki melimpah ruah dan diberi kesihatan yg berpanjangan kpd kluarga ini🤲🏻”

“Pernah merasa satu masa dulu, naik moto, moto mati tepi jalan, naik kereta bagi bagi pinjam pun mati tepi jalan, masa tu nak p interview masuk sekolah asrama tahun 1997 😪”

“Teringat masa kecik kecik dulu, 3 org naik motor p sekolah abah hantar, ☺️ al fatihah buat arwah adik 🤲🏻 sentiasa terkenang memori ii masa kecik ii, semoga dilimpahkan rezeki buat pakcik dan keluarga 🤲🏻🥰 amin”

 

naik motor

Sumber: INSTAGRAM

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!