Perjuangan seseorang untuk bertahan hidup terkadang sungguh berat. Walaupun sudah berusia hampir 70 tahun, masih banyak orang yang harus berjuang demi sesuap nasi. Begitulah perjuangan dua orang nenek ini yang sanggup memikul karung berisi barang jualan mereka yang berisi lebih kurang 30 kg ke sana ke mari.
“Buat kalian yang masih mengeluh soal gaji kecil,” tulisan di awal video tersebut.
Dua Orang Nenek Ini Angkat Barang Untuk Dijual di Pasar
Rakaman video yang ringkas itu viral dan banyak dimuat naik di pelbagai platform. Menurut nenek tersebut, mereka menjual barang-barang yang diletakkan di dalam karung itu bagi membayar hutang mereka di kedai berhampiran. Biasanya, untuk membeli makanan mereka akan berhutang dahulu dan membayarnya kemudian.
“Untuk bayar utang, oh utang di toko belanja makanan,”
Dalam video tersebut juga jelas menunjukkan postur tubuh mereka yang membongkok kerana mengangkat beban yang terlalu berat di belakang. Sepanjang berjalan, mereka juga tidak memakai sebarang alas kaki seperti selipar mahupun kasut.
BACA: Demi Bersekolah, Tiga Beradik Naik Motor Bersama Ayahnya – Motor R0sak Tepi Jalan Pula Tu
Harga Jualan Tidak Setimpal
Apa yang sedihnya, perjuangan mereka untuk mendapatkan duit dengan menjual barang tersebut di pasar tidak sebanding dengan hasil penjualannya. Dalam RM9 lebih sahaja untuk 30 kg.
“Dagangan di karung yang beratnya 30 kilo hanya laku dijual Rp 30 ribu. Jadi 1 kilo harganya hanya Rp 1 ribu.Uang Rp 30 ribu hasil menjual dagangan digunakan untuk menyambung hidup.”
Tidak sanggup melihat kesusahan hidup, individu yang membuat rakaman menghulurkan duit untuk membantu kedua nenek tersebut.
“Terima kasih pak,” kata dua nenek itu.
Kejadian ini berlaku di negara jiran kita, Malaysia. Namun begitu, tidak dinafikan, di negara kita juga ada ramai penduduk yang mengalami nasib yang sama.
Semoga kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur dan sentiasa membantu orang lain dalam kesusahan.
Sumber: INSTAGRAM
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.