Kasihan Melihat Pak Cik Ini Berniaga, Pemuda Ini Belanja M4kan Tengah Hari – Hanya Pilih Sayur & Ikan Masin

Pada masa kini, tidak dinafikan mencari rezeki adalah amat sukar sekali. Walaupun mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, masih juga sukar mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Melihat Kepayahan Seorang Pak Cik Berniaga

Dalam sebuah video yang tular, seorang pemuda ternampak seorang pakcik yang berniaga dengan bersungguh-sungguh. Lalu, timbul rasa prihatin dalam diri pemuda tersebut. 

Lalu, dia pun  mempelawa pak cik tersebut untuk mengambil makanan di sebuah restoran untuk makan tengah hari. Kebetulan pak cik tersebut menjual di kawasan berhampiran. Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 134 ribu tontonan dan mendapat tanda suka sebanyak lebih daripada 3 ribu orang. 

“Kongsi rezeki.  Alhamdulillah.  Semoga Allah permudahkan urusan pak cik. luahan seorang pengguna media sosial” – tulisnya pada caption tersebut.

berniaga

Pada mulanya, pemuda itu menawarkan patin buah tapi pakcik tu tak makan tempoyak. Apa yang mengejutkan, pak cik tersebut hanya mengambil sayur dan telur masin sahaja.  Mungkin segan untuk mengambil lauk yang lain.

Melihat pak cik tersebut hanya memakan sayur dan telur masin sahaja, pemuda tersebut menyuruh pak cik itu mengambil lauk tambahan lain. Manalah cukup manan sayur dan telur masin huhu. Pak cik tersebut pun berdiri untuk mengambil lauk tambahan yang lain seperti ayam dan sebagainya. Alhamdulillah.

berniaga

BACA JUGA: Demi Sesuap Nasi, Nenek Ini Sanggup Angkat Barang 30kg Barang Jualannya!

Pemuda Itu Turut Memberi Duit Belanja Untuk Teruskan Berniaga

Sebelum beransur pulang, pemuda tersebut turut memberikan pak cik itu duit belanja untuk meringankan sedikit beban yang ditanggungnya.

“Berikan juga duit belanja sedikit untuk beliau teruskan perjalanan niaga.. Alhamdulillah rasa bahagia berkongsi rezeki dengan orang yang tidak dikenali” 

berniaga

Komen Warganet

Tidak kurang juga komen yang ditinggalkan oleh warganet yang turut bersimpati dengan pak cik tersebut dan memuji tindakan pemuda yang sudi membelanja pak cik tersebut makan tengah hari dan menghulurkan sedikit bantuan kewangan.

“Respect….semoga saudarapun direzekikan yg berlimpah2. Aamin.” 

“Alhamdulillah… Allah hadirkn orang2 yg baik hati mmbntu pd mereka yg kurang berkemmpuan… Terbaik”

“Semoga dipermudahkan urusan Dan dimurahkan rezeki amin ya Allah ya mujib 🤲🏻

“Semoga pakcik sentiasa sihat selalu amin ya Allah ya mujib”

Sumber: FACEBOOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!