Kehadiran Kanak-Kanak Ini Di Tepi Jalan Menimbulkan Tanda Tanya 0rang Ramai

Melihat kanak-kanak duduk di tepi jalan pada waktu tengah malam tanpa jagaan ibu bapa adalah satu perkara yang merisaukan dalam masa yang sama membuatkan kita tertanya-tanya sebab mereka berada disitu. Bukankah pada waktu sebegitu mereka sepatutnya duduk di rumah, berehat, menonton TV atau tidur bersama ahli keluarga yang lain. 

Kanak-Kanak Tepi Jalan

Inilah yang terjadi dalam satu video yang viral. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang duduk di kawasan jalanan. Menurut satu komen, mereka adalah anak-anak miskin bandar yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur. 

Video tersebut merakamkan niat baik seorang perempuan bersama rakan-rakannya memberi makanan kepada kanak-kanak tersebut. Kelihatan mereka sangat gembira apabila diberikan minuman kotak dan juga roti. Dapatlah mereka menghilangkan lapar dan dahaga malam itu.

kanak-kanak tepi jalan

Kanak-kanak tersebut berusia lingkungan 4-8 tahun, ada lelaki dan juga perempuan. Comel-comel pula tu. Dekat manalah agaknya mereka tidur malam-malam? 

Kanak-kanak seharusnya mendapatkan hak mereka untuk dilindungi dan juga mendapat hak pendidikan. Namun, sebaliknya terjadi. 

BACA JUGA: Kasihan Melihat Pak Cik Ini Berniaga, Pemuda Ini Belanja M4kan Tengah Hari – Hanya Pilih Sayur & Ikan Masin

Komen Warganet

Berikutan video tersebut, warganet turut menzahirkan rasa risau melihat keadaan ini. 

“Risau pulak…tmbah² yg pempuan tuh…semoga Allah lindungi ank² macam ni dari segala kejahatan dan musibah…dan berjaya dunia akhirat”

“Ni anak2 miskin bandar yg tinggal menyewa di bilik2 kecil sekitar kuala lumpur. Boleh tengok di page ZRA Strim sejak bulan puasa lalu Tuan Haji Zainal Rashid ada cuba dekati mereka & beri sedikit bantuan.”

“Tak silap aku adik yg perempuan tu nama bella, zra stream bnyak buat live masa ramadhan haritu pasal kehidupan mereka, semoga dipermudahkan urusan mereka semua.”

“Takleh tgok klau budak2.. mcm nie doakan Dari jauh semoga ALLAH S.W.T merahmati semuanya… Yg memberi rezeki diberikan kesihatan Dan rezeki yang berlipat Kali Ganda.”

“Allahuakhbar,semoga anak anak kecik ini sentiasa dilindungi Allah swt Dan sentiasa sihat selalu Amin ya Allah ya mujib 🤲🏻”

“Comel, bijak kanak2 ni. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah”

kanak-kanak

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!