Pertama Kali Dalam Hidup, ‘The Rock’ Teruja Kongsi ‘Nikmat’ Berbekam
Rata-rata mesti mengenali The Rock. The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson merupakan seorang bekas ahli gusti World Wrestling Entertainment (WWE) suatu ketika dahulu.
Dia kini merupakan seorang pelakon, penerbit bahkan seorang penyanyi. Individu berbadan sasa itu dilihat menjadi ikutan para jejaka untuk memiliki tubuh sasa sama sepertinya.
Namun mungkin ramai yang tidak tahu, selain suka melakukan senaman pada awal pagi dalam rutin hariannya, The Rock juga dilapor pernah mencuba rawatan bekam pada tubuh badan.
Umum mengetahui, rawatan berbekam ini selalunya popular di negara-negara Asia. Oleh itu, mungkin disebabkan pertama kali mencuba, The Rock anggap rawatan berbekam ini unik dan menjadi satu perkara menarik untuk dia kongsikan.
Menerusi posting di laman Instagram The Rock, dia seolah-olah begitu teruja untuk melihat kesan berbekam yang dijalani olehnya. Kaedah bekam yang dijalani adalah dengan meletakkan ‘cawan’ pada bahagian kulit badan.
Kaedah ini dipercayai dapat membantu mengurangkan kes4kitan, selain memastikan peredaran d4rah berjalan dengan baik. Malah, kaedah itu juga dipercayai dapat merawat kembali tisu-tisu otot badan.
Gambar yang dikongsikan The Rock di Instagram itu memperlihatkan riak wajahnya yang begitu kagum setelah menjalani hasil rawatan berkenaan.
“Ini merupakan kali pertama ‘cawan’ melekat pada badan saya, Kelihatan s4kit tetapi secara keseluruhan saya menikmati kaedah terapi ini,” tulis The Rock menerusi posting itu.
Malah selain itu, pelakon utama filem Jumanji – Welcome To The Jungle (2019) itu turut menambah bahawa dia sentiasa ingin mencuba teknik baharu untuk memastikan badannya kekal sihat dan sasa.
“Sentiasa ingin mencuba kaedah baharu untuk memastikan badan saya sentiasa kekal seimbang dan optimal dengan segala aktiviti yang saya bakal lakukan yang melibatkan kerja, keluarga, latihan dan segala rutin harian yang saya lakukan.
“Semua ini perlukan kecekalan, jadi saya mesti proaktif pada setiap masa kr!tikal. “Kita hanya ada satu badan, jadi kita perlu menjaganya dengan baik,” tegas The Rock menerusi ruangan kapsyen dalam perkongsian itu.
Melihat hantaran itu, belakang badannya dipenuhi dengan bekas tompokan bulatan merah disebabkan rawatan berbekam itu.
Terdahulu, The Rock juga pernah membintangi beberapa filem terkenal Hollywood seperti Fast and Furious 7 (2015), Rampage (2018) dan Jungle Cruise (2021).
Untuk makluman, The Rock telah memuat naik foto bekam ini menerusi laman Instagram miliknya pada tahun lepas. Namun ia dilihat kembali hangat diperkatakan semula sejak akhir-akhir ini.
Sumber: IG The Rock via The Mirror
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit