Warga Emas 89 Tahun Ulang Alik Berjalan Kaki Sejauh 20 KM, Jual Kerepek Untuk Menyara Hidup

Pakcik Tua Berjalan Kaki Jual Kerepek

“Pakcik ni sudah berusia 89 tahun dan hanya berjalan kaki ulang alik sejauh 20KM dengan menjual kerepek bagi menyara hidup.

Kepada sahabat yang berada di Kelantan, jika ternampak pakcik ini bantulah dengan membeli kerepeknya yang dijual berharga RM2-RM3 di tepi jalan.

Lokasi: Jalan Melor – Kota Bharu

Kredit 📷: Iskandar Yusoff”

Dalam posting yang dikongsi, pakcik tersebut telahpun berumur 89 tahun dan dia berjalan sejauh 20 kilometer, berulang alik, untuk menjual kerepek bagi menyara hidup.

Demikian posting yang tular di Media Sosial, Facebook, di mana ada seorang pakcik yang sudah lanjut usia berjalan dengan jarak yang sangat jauh untuk mencari rezeki yang mengundang sebak orang ramai.

Pemilik posting juga menyeru agar pembaca yang terserempak dengan pakcik ini untuk membantu pakcik menghabiskan jualannya yang hanya dijual dengan nilai RM 2- RM 3.

Dia juga berkongsi lokasi tempat pakcik ini mencari rezeki iaitu di sekitar Jalan Melor-Kota Bharu.

Namun, menerusi ruangan komen, individu bernama Shazlina Abdullah memberitahu bahawa dia pernah berjumpa dan berborak dengan pakcik tersebut dan menurutnya, pakcik ini bukanlah orang susah seperti yang dilihat. Anaknya merupakan orang senang dan memang hobinya menjual kerepek dan itulah aktivitinya pada masa lapang.

Shazlina Abdullah III

Pak cik ni sy dh pernah jmp borak ngn beliau. Beliau byk duit. Anak beliau pn org senang. Tp pak cik ni mmg hobi dia jual kerepek and dia suka happy jalan kaki jual kerepek isi masa lapang

Rata-rata warganet juga mendoakan agar pakcik dipermudahkan urusan dan diberikan rezeki yang melimpah ruah.

Fatimah Awang

Semoga Allah permudahkan segala urusan nya dan diberi kesihatan yang baik serta selamat dunia akhirat amin

Zaleha Ahmad

Semoga Allah permudahkan urusan pak cik diberi kesihatan yg baik dan d murah rezeki

Rahimah Ajib

Semoga dipermudah kan urusan pak cik..Ya Allah berikan lah rezeki yg berterusan seperti air sungai yg mengalir utk pak cik ini..Aamiin

Apa-apapun, didoakan semoga pakcik ini diberikan kesihatan berpanjangan, dipermudahkan urusan dan semoga laris jualannya setiap hari.

Sumber : Arena Motor Via Real Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!