Tanam pokok ketum ayam berskaIa besar yang menjadi bahan mentah kepada makanan haiwan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pengimportan dedak
Semua pihak khususnya kerajaan diminta memberi fokus kepada pengeluaran tanaman aIternatif termasuk Madre de Agua atau pokok ketum ayam bagi mengurangkan kebergantungan kepada pengimportan dedak. Ketika ini harga dedak sebagai makanan ternakan termasuk ayam semakin hari semakin melambung.
Seorang pengusaha tanaman tersebut atau popular dikenali sebagai pokok daun ketum ayam, Supardi Bai, 55, berkata, isu harga ayam yang meningkat yang dihadapi pengguna ketika ini tidak akan seIesai selagi penternak masih bergantung kepada penggunaan dedak yang ketika ini diketahui diimport sepenuhnya.
“Kajian serta analisis telah dijalankan, terbukti ketum ayam memang dapat jadi bahan mentah kepada makanan haiwan ternakan termasuk ayam.
“Hasil pengiraan juga, penggunaan daun ketum ayam bersama beberapa bahan mentah Iain sebagai makanan ayam, penternak terutamanya yang mengusahakan secara kecil-kecilan dapat mengurangkan penggunaan dedak sekali gus kos pengeluaran mereka juga dapat dikurangkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Gedang, Terachi, di sini semalam.
Tambah Supardi atau lebih dikenali sebagai Pak Tam, bagi mencapai hasrat tersebut, tanaman daun ketum ayam perlu dijaIankan dalam skala yang besar sama seperti yang perlu dilakukan untuk tanaman jagung sebagai bahan asas makanan ternakan di negara ini.
“Ia merupakan langkah bagi jangka masa panjang yang perlu diambil termasuk dengan penumpuan kepada penggunaan teknologi serta tenaga buruh yang mencukupi.
“Jika tiada usaha ataupun Iangkah pertama diambil, kita akan terus bergantung kepada pengimportan dedak, dan isu yang kita hadapi ketika ini iaitu harga dedak yang dimport melambung, harga ayam yang tinggi, tidak akan berkesudahan,” katanya.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Okayama, Jepun itu memberitahu, dia kini turut mengusahakan tanaman jagung bijirin seluas satu ekar.
“Ini hanya percubaan dan sememangnya untuk kegunaan sendiri kerana saya juga mengusahakan ternakan ayam secara kecil-kecilan selain menjuaI anak pokok daum ketum.
“Campuran daun ketum ayam yang dikisar bersama jagung dan beberapa bahan lain yang saya hasilkan juga mendapat banyak permintaan daripada penternak ayam di kawasan sekitar,”.
Sumber; UTUSAN
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit Media