“…taknak balik, nak tinggal dekat sekolah..” Telatah Budak Perempuan Menangis Teruk Taknak Balik Rumah Buat Netizen Terhibur

“Melawan hukum sekolah ni” Budak Perempuan Menangis Teruk Taknak Balik Rumah Buat Netizen Terhibur

Dapat kita lihat, anak-anak mula kembali ke sekolah setelah sekian lamanya terperap di rumah.

Macam biasa, pelbagai ‘drama’ dan gelagat anak-anak yang dapat kita lihat di hari pertama persekolahan.

Manakan tidak, biasa ‘berkepit’ dengan mak ayah namun kali ini perlu berdikari sendiri bagi menimba ilmu pengetahuan.

Situasi yang sering kita dengar adalah, anak-anak tidak mahu masuk ke dalam kelas, anak-anak nangis bila ibu bapa beredar dan bermacam ragam lagi.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular kali ini dimana seorang budak perempuan menangis teruk kerana tidak mahu pulang ke rumah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @kiwaktollah, dapat kita lihat seorang ayah mengambil anaknya pulang daripada sekolah dan ianya merupakan hari pertama anaknya bersekolah.

Pun begitu, anaknya kelihatan menangis dan keluar daripada kereta gara-gara enggan pulang ke rumah malah ayahnya juga bingung mengapa anaknya berkelakuan seperti itu kerana kita sering lihat di media sosial anak-anak menangis enggan pergi ke sekolah namun berbeza pula dengan anak perempuannya yang menangis kerana enggan pulang ke rumah.

Apa yang lebih melucukan adalah, dia kelihatan merajuk dan berkata ‘taknak kawan’ kepada ayahya sambil tangan memeluk tubuh sendiri menandakan sedang protes.

“Zaman sekolah dah berubah..nangis taknak balik pulak dah.. nak tinggal dekat sekolah” ujarnya di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 728K tontonan, 51.9K tanda suka, 3335 komen dan 2753 perkongsian di applikasi TikTok.

Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat budak perempuan ini yang tidak mahu pulang ke rumah dan ingin tinggal di sekolahnya.

Dalam masa yang sama, para netizen juga berseloroh mengatakan anak kepada lelaki ini telahpun melawan hukum sekolah kerana situasinya terbalik dengan apa yang selalu kita lihat di media sosial.

Komen warga maya:

Ni ank yg hebat ni..ank yg pandai..jd insan yg mgembirakan semua nti besar

weh comel dia wat tgn centu. HAHAHA

pertama kali ada pelajar tak nak pulang

Eh terbalik adik ni

melawan hukum sekolah ni

Sumber : Yoy / @kiwaktollah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!