“Saya takut. Cikgu temankan boleh..” Masuk Je Tandas Murid, Adeh Naya Ni Bang

Mak Ayah Anak Tahun 1 ‘Prepare’ Seluar Track & Baju Dalam Beg

Jika di tadika, anak-anak masih dibantu oleh guru atau pembantu tadika. Jadi tiada masalah besar sangat pun. Namun bila dah ke sekolah rendah, cabarannya lebih sikit. Jadi ibu bapa mesti selalu ingatkan anak-anak apa perlu buat sepanjng sesi pembelajaran di sekolah.

Minggu pertama persekolahan terutama bagi anak-anak Tahun 1 pasti memberi kenangan pada dirinya sendiri, ibu bapa atau guru. Maklumlah ini adalah pengalaman pertama anak melangkah ke alam persekolahan yang memerlukan semuanya dilakukan sendiri.

Seperti perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, beliau berkongsi ragam anak Tahun 1 yang masih belum tahu menggunakan tandas sebetulnya. Ini kerana kebanyakan tandas di sekolah tandas cangkung dan di rumah rata-ratanya tandas duduk.

“Cikgu, nak ke tandas,” kata seorang murid tahun satu masa berkumpul kat dewan.

“Okey. Pergilah,” balasku.

“Saya takut. Cikgu temankan boleh,” katanya jujur.

Aduh, takut la pulak. Okey la, aku pun teman la dia ke tandas. Masuk je tandas murid, nampak selonggok seluar kat luar tandas.

Ni murid yang sebelum ni pergi tandas tadi ni. Pengawas yang tunjuk tandas, pengawas tu tinggal, dia pergi bukak seluar dan longgok gitu ja. Adeh, buat hal betul lah.

Dah satu hal pula seluar tu kotor dan basah nanti. Nak kena ajar mereka buka seluar dalam tandas ni, naya kalau macam ni.

Budak-budak lain bukan kira apa, kadang dipijak je seluar yang ada kat lantai. Budak. Tahun 1 pula tu. Nak marah pun tak leh.

Ni murid lain. Tahun 1 juga. Dia longgok gitu ha seluar kasut dia. Adeh, naya ni bang.
Mak ayah, tolong ajar anak-anak guna tandas awam ya. Ajar mereka buka dan gantung seluar dalam tandas. Bukan buka dan longgok macam kat rumah gini.

Dan kalau anak jenis tak tahan kencing berak, tolong prepare seluar trek biru dan baju t shirt putih ya. Senang nak tukar jika terbuang dalam seluar or pakaian mereka basah kuyup bila ke tandas.

Sumber : Cikgu Mohd Fadli Salleh / majalahpama

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Follow dan Like kami di Berani Bangkit

One comment

  1. Adalah wajar menempatkan seorg pembantu di luar tandas sekolah. Ada murid yg takut ke tandas dan tahan kencing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!