Kejadian yang berlaku di Jakarta (Cikampek, Jawa Barat, Jakarta) itu menjadi baru-baru ini tular di media sosial memaparkan seorang suami yang sanggup meninggalkan isterinya di dalam sebuah hutan.
Wanita yang kurang bernasib baik tersebut mengalami strok dan ditinggalkan di dalam hutan kerana sang suami tidak sanggup lagi menjaganya.
Suami Buang Isteri Strok Di Dalam Hutan
Isu ini menjadi bualan netizen selepas satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna bernama Andree tular.
“Siapa yang mengenali wanita ini, sila hubungi keluarganya. Katanya sudah tiga hari ditinggalkan di dalam hutan oleh suami sendiri,” tulis status berkenaan.
Menurut sebuah artikel tempatan, wanita tersebut bernama Ikah dan berusia 50-an. Beliau merupakan warga Desa Lewo Wetan di Kabupaten Garut, Jawa Barat.
Seorang Ketua Kampung Lewo Wetan, Nova Wylian mengesahkan wanita tersebut pernah menjadi penduduk kampung itu namun telah berpindah ke Cianjur bersama suaminya.
BACA JUGA: Sekumpulan Lelaki Meng4muk, Guru & Pelajar Tahfiz Dipukul Sehingga Cedera
Suami Tidak Sanggup Jaga Lagi
Apabila diserang strok, suami Ikah tidak mahu menjaganya kerana tidak sanggup. Nova berkata, selepas ditemui, Ikah dibawa ke hospital di kawasan Karawang untuk diperiksa keadaan kesihatannya.
Keluarga Ikah sudah diberitahu mengenai perkara tersebut dan telah menjemputnya pulang. Alhamdulillah.
“Buang Isteri Macam Buang Kucing” – Netizen
Berikutan berita ini tular, ramai netizen Malaysia yang turut memberi komen. Ramai yang sedih dan kecewa melihat kejadian ini. Antaranya komen yang menarik perhatian ialah;
“Ada jadi kat saudara terdekat tapi takla dibuang isteri tu. Isteri ada barah otak dan strok, suami siap boleh main badminton mlm2. Suami tak jaga isteri betul2, bila mertua datang jenguk tengok keadaan isteri yg terabai, nak amik bawak balik, dimarahnya pulak mertua dan tak izin”-netizen
“Dekat malaysia pon banyak..x mau jaga mak ayah hantar hospital…makan berak kencing nurse yang tlg buatkan..dtg melawat acah drama syg mak ayah..makan berak kencing anak dulu mak ayah tlg suapkan tlg basuhkan”- netizen
“Buang bini macam buang kucing 🤦🏻♀️🤦🏻♀️” – netizen
Apapun, semoga wanita tersebut diberikan kesembuhan dan dijaga dengan baik oleh ahli keluarga beliau.
BACA JUGA: Sedihnya! Anak Rusa Ini Baring Di Sebelah Ibunya, Mengharapkan Ibunya Bern4fas Semula
Sumber: https://www.kosmo.com.my