Mempunyai naluri yang sama seperti manusia, haiwan juga mempunyai sifat kasih sayang dan tautan hati yang kuat di antara ibu dan anak. Ketika dalam satu misi menyelamatkan haiwan, sukarelawan ini menceritakan satu kisah inspirasi yang dialaminya. Kejadian ini dipercayai berlaku di luar negara iaitu di Florida, USA.
Terlihat Anak Rusa Baring Di Sebelah Ibunya
Ceritanya bermula apabila pasukan sukarelawan ini mendapat panggilan daripada penduduk untuk menyelamatkan seekor anak rusa.
Apabila tiba di kawasan yang maksudkan, anak rusa tersebut dilihat sedang ketakutan berbaring disebelah mayat yang tidak bernyawa yang dipercayai adalah ibunya.
Menurut cerita penduduk, rusa tersebut telah dilanggar oleh seorang pemandu dan malangnya, hanya ditinggalkan sahaja disitu tanpa cuba bertanggungjawab. Anak yang melihat ibunya terbaring akibat dilanggar merasa ketakutan dan sedih lalu baring di sebelah ibunya.
Pada mulanya, anak rusa ini berdiri di sebelah mayat itu seolah-olah menunggu ibunya bangun. Sukarelawan tersebut juga mendapati anak mamalia tersebut baru saja dilahirkan beberapa hari menyebabkan ia tidak dapat berpisah dengan mayat ibunya.
Begitulah kasih sayang seorang anak dan ibunya, tidak dapat dipisahkan.
BACA JUGA: Sedih! Bapa Terpaksa Berjalan Kaki Gendong Jen4zah Anak, Van Jenazah Tidak Dapat Lalu
Anak Rusa Diselamatkan
Setelah mengambil kira beberapa faktor, anak rusa itu diselamatkan juga. Manakala ibunya dikuburkan. Ia kelihatan dehidrasi dan dipercayai telah berada di tepi jalan selama kira-kira 24 jam.
Kini, anak rusa tersebut berada di bawah jagaan pekerja di pusat pemulihan hidupan liar Creature Safe Place. Di pusat penjagaan ini, mereka telah menemui ibu tumpang yang boleh memberinya makan dan menjaganya.
Sebaik sahaja mamalia tersebut pulih dan mempunyai tenaga untuk mempertahankan dirinya, ia akan dikembalikan ke habitat semula jadinya, di mana ia dan semua haiwan sepatutnya berada.
Sekiranya anda terlanggar mana-mana haiwan, pastikan anda bertanggungjawab sama dengan membawanya ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan. Mereka juga mempunyai ahli keluarga yang bergantung dan sayang kepadanya. Bersifat ihsanlah kepada binatang.
Sumber: valuablestories.com
–
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.