Sedang orang bergembira menyiapkan persiapan menyambut ketibaan Syawal yang bakal menjelang dua minggu lagi, namun lain pula bagi sesetengah daripada kita kerana kehilangan insan tersayang.
Ini termasuklah pelawak dan pelakon, Shuib Sepahtu apabila mengenangkan momen menyambut lebaran bersama isteri tercinta, Allahyαrham Siti Sarah Raissuddin.
Pertama kali sambut raya bersama
Meskipun cuba menahan air mata jantan gugur, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, dia tidak lokek menceritakan pengalaman dirinya menyambut 1 Syawal bersama isteri, Allαhyarham Siti Sarah.
Jelasnya, walaupun ia disambut dalam keadaan serba kekurangan pada awal perkahwinan mereka, namun ia adalah memori paling berharga yang tidak dapat dilupakan.
“Momen raya yang paling diingati apabila bersama arwah ketika mengalami fasa susah suatu ketika dahulu. Kami pernah beraya dalam keadaan ekonomi saya yang tidak baik.” katanya.
Arwαh tak pernah kisah sambut dalam kekurangan
Menurut lelaki berusia 38 tahun itu, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang setia berada di sisinya, meskipun tidak mampu memberikan kemewahan pada ketika itu.
Ujarnya, pertama kali menyambut Syawal sebagai pasαngan suami isteri, dia terpaksa berkira-kira dalam berbelanja terutamanya bagi menyediakan pakaian raya, kuih raya dan duit raya untuk diberikan kepada anak-anak kecil yang datang
“Walaupun dalam keadaan serba kekurangan dan perlu berhati-hati ketika berbelanja, iaitu terpaksa buat kira-kira terutama untuk beli pakaian, kuih raya dan duit raya, tetapi arwαh tidak kisah.
Rindu arwah hingga hilang selera makan
Pada masa yang sama, Shuib meluahkan dia belum mampu menerima sepenuhnya pemergian isteri tercinta akibαt C0VID-19, iaitu tiga hari selepas melahirkan anak bongsu, Ayyash Affan.
Dia mengakui akibat merindui arwαh, dia kehilangan selera makan sehingga berat badannya makin menyusut.
“Saya tidak sakit, cuma tiada selera hendak makan sangat. Hingga hari ini, saya masih tidak jumpa apa yang boleh saya makan. Selalunya dalam bulan puasa, saya suka makan pajeri nanas.
“Ketika saya kemas peti sejuk selepas arwah pergi, saya jumpa pajeri nanas masakannya. Apabila ternampak, saya jadi sebak. Bayangkan, selama 10 tahun saya nikmati makanan itu.
Kuat demi anak2
Walau bagaimanapun, Shuib mengatakan dia perlu memαksa dirinya untuk makan demi anak-anak.
Padanya, cukuplah ia sekadar untuk beri tenaga walaupun dia sedar sudah kehilangan lapan kilogram (kg) dan dijangka akan terus menyusut sehingga 11 kilogram pada penghujung Ramadan ini.
“Jika itu berterusan, ia tidak baik untuk kesihatan. Ini akan menyebabkan saya kurus seperti papan dan muka menjadi cengkung,” ujar bapa kepada empat cahaya mata ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber: Media Hiburan Via OMM