(VIDEO) Gelagat lelaki layan kerenah anak buat ramai terhibur
Berdasarkan satu video tular yang dimuatnaik di laman Tiktok milik Nor Haswani Abd Halim, kelihatan gelagat suaminya sedang melayan kerenah anak mereka yang masih kecil. Lelaki tersebut dilihat memakai topeng Iron Man bersama anak mereka, sambil melakukan aksi ‘kuasa’ adiwira tersebut.
Melayan kerenah anak kecil memang kadang-kadang sangat menghiburkan. Lagi-lagi kalau kanak-kanak yang sudah pandai bercakap, memang seronok kalau diajak berbual.
Selain itu, melayan kerenah anak kecil, ianya memerlukan tenaga yang banyak. Macam yang dikongsikan bapa ini apabila dia cuba bermacam cara untuk memastikan anak yang masih kecil ini ketawa. Cubaannya ini bukan saja membuatkan anaknya terhibur malah mereka yang menonton juga sama terhibur.
Tanpa pengetahuan si suami, Nor Haswani secara senyap merakam gelagat suaminya itu.
“Laki hampa camni gak ka maw main ngan anak ? baru tau macam-macam kuasa @Kumar Radziada,” kata Nor Haswani di ruangan kapsyen.
Video: Klik disini
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 922.6k tontonan, 82.7k tanda suka dan pelabagai komen dari netizen yang terhibur dengan gelagat lelaki tersebut.
Komen netizen:
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Follow dan Like kami di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber; Sinarviral