Pesawat terh3mpas di tasik, Pelakon Tarzan dan isteri m4ut

PELAKON Joe Lara yang popular dengan watak Tarzan menerusi siri Tarzan: The Epic Adventures dipercayai maut selepas pesawat ringan yang dinaikinya terhempas di sebuah tasik berhampiran bandar Nashville, Amerika Syarikat pada pagi Sabtu lalu.

Turut maut ialah isterinya, Gwen Shamblin Lara serta lima lagi individu lain.

 

Menurut laporan CNN, pesawat kecil itu menjunam ke Percy Priest Lake, kira-kira 19 kilometer di selatan Nashville dan Persekutuan Pentadbiran Penerbangan mengesahkan tujuh individu menaiki pesawat tersebut.

Ia dilaporkan terhempas sejurus berlepas dari Smyrna, sebuah lapangan terbang di Tennessee menuju ke Palm Beach, Florida.

Menurut Ketua Jabatan Penyelamat dan Bomba Rutherford County (RCFR), Kapten Joshua Sanders, kerja-kerja kini tertumpu kepada usaha pencarian mayat mangsa.

 

“Kami tidak lagi berupaya untuk mencari mangsa hidup ketika ini, tumpuan kami sekarang adalah kerja pencarian di lokasi kemalangan,” katanya.

Pada petang Ahad, RCFR berjaya menemui beberapa komponen pesawat dan mayat di sebuah kawasan berdekatan.

Joe, 61, mula membintangi filem Tarzan in Manhattan pada 1989 dan seterusnya popular dengan siri The Epic Adventures yang bersiaran dari tahun 1996 hingga 1997. – CNN

 

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*