Sibuk Hantar Pesanan Makanan Pelanggan, Penghantar Makanan Tak Sempat Beli Untuk Diri Sendiri

Mencari rezeki bukanlah perkara yang mudah. Namun, demi kelangsungan hidup, apa sahaja pekerjaan halal yang boleh dilakukan untuk mendapatkan wang pasti akan dilakukan. Peluang pekerjaan yang semakin berkurang saban hari adalah cabaran utama pencari kerja. 

Kebelakangan ini, ramai anak muda mula berjinak-jinak dalam dunia penghantaran barang dan juga makanan. Ini adalah salah satu peluang yang ada untuk mencari rezeki. 

BACA JUGA: Reaksi Kanak-Kanak Perempuan Berjumpa Ayahnya, Buat Netizen Seb4k!

Sibuk Hantar Pesanan Makanan Pelanggan, Penghantar Makanan Tak Sempat Beli Untuk Diri Sendiri

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Facebook, ia memaparkan kemuliaan hati dua orang pemuda yang sudi berbagi rezeki bersama para penghantar makanan. 

Pernah bekerja sebagai penghantar makanan, salah seorang pemuda tersebut mengetahui serba sedikit kesusahan yang dialami oleh para penghantar makanan. Menurut pemuda tersebut, kebanyakan penghantar makanan tidak sempat membeli makanan untuk diri sendiri kerana sibuk menghantar pesanan makanan untuk pelanggan terutamamnya pada waktu tengahari. 

Atas sebab itu, mereka merancang untuk berkongsi rezeki dengan memberikan rider-rider sebungkus makanan untuk setiap orang dijumpai. Mereka membeli makanan bungkus di sebuah restoran dan kemudian, memberikannya setiap satu kepada penghantar makanan yang mereka jumpai. 

Alhamdulillah, rezeki rider-rider tu. Semoga insan yang suka lakukan kebaikan seperti ini sentiasa wujud di negara kita. Amin. 

penghantar makanan

Komen Warganet

Di ruangan komen pula, ramai warganet memuji tindakan kedua-dua pemuda itu dan mendoakan mereka agar sentiasa dimurahkan rezeki asbab kebaikan mereka lakukan. 

“Terharu sungguh akak tgk video ni..tahniah, adik2 yg baik hati..moga Allah balas segala kebaikan korang dgn sebaik2 balasan..”

“Cara kalian ber’2 best banget 👍, penerima bantuan di blur wajahnya…Banyak orang² di luar sana saat mereka membuat konten yg memperlihatkan dengan jelas wajah penerima bantuan.Selalu sehat orang² baik ….”

“Alhamdulillah..Moga dipermudahkan urusan serta dimurahkan rezeki kpd yg menyumbang..Moga kalian sentiasa dalam Lindungan dan Kasih SayangNya”

“Serius video ni buat aku sebak. Tuan mmg insan yg berhati mulia. Semoga Allah mengurniakan segala kebaikan buat tuan.”

Sumber: FACEBOOK

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!