Reaksi Kanak-Kanak Perempuan Berjumpa Ayahnya, Buat Netizen Seb4k!

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah selamanya. Demikianlah, betapa besarnya kasih sayang ibu dan ayah kepada anaknya. Tiada taranya. 

Namun, disebabkan beberapa faktor seperti bertugas mencari rezeki, menyebabkan si anak terpaksa berjauhan dengan si ibu ataupun si ayah. Ini lah yang dirasai oleh seorang kanak-kanak perempuan ini. 

BACA JUGA: Amboi, Comel Je Si Bulus Ni Merajuk Bila Orang Ambik Mainan P4tungnya

Reaksi Kanak-Kanak Perempuan Berjumpa Ayahnya

kanak-kanak perempuan 1

Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang pada mulanya tidak mengenali ayahnya dipercayai setelah beberapa lama terpisah jauh. Video ringkas itu dirakamkan oleh salah satu individu yang turut berada di situ. 

Ayahnya yang memakai pakaian kemeja putih seperti petugas awam, cuba menghampiri kanak-kanak perempuan itu. Namun, tidak berjaya apabila kanak-kanak itu kelihatan seperti takut dan nak pergi ke arah ibunya. 

Apabila ayahnya mula bersuara, kanak-kanak itu pun memalingkan wajahnya seperti mengenali suara tersebut. 

“Babah” – tuturnya dengan penuh rasa rindu. Lalu, ayahnya memeluknya dengan erat menghilangkan rasa rindu yang menggunung tinggi. Siapalah yang tidak merindui anak kan?

https://www.tiktok.com/@lanbrembo3/video/7142139690076998939?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7027717151175902721

Komen Warganet

Video tersebut telah mendapat lebih 500k perkongsian dan 34.5k tanda suka. Menjengah ke ruang komen, ramai yang turut berkongsi pernah merasai pengalaman yang lebih kurang sama seperti kanak-kanak tersebut. 

“Aku macam ni la dulu..umur 3 tahun abah & Ma bercerai..duduk dengan atuk dan nenek,dari kecil sampai besar rindu abah..abah kerja jauh..pastu nikah lain ikut mak tiri..bila dah tua ni masih lagi terasa dahaga kasih sayang abah n Ma…diorg dah ada family lain..takpa Allah dah bagi aku kebahagiaan dengan anak dan suami dah.. Alhamdulillah..bersyukur dengan perjalanan hidup aku dulu dan kini..🥰”

“Pernah merasa pjj dengan suami.. dari mula kahwin, mengandung sampai anak umur 4 tahun .. baru tahun lepas kami dapat duk serumah lepas suami dapat tukar mengajar kat sini.. semoga pasangan yang berjauhan diberi kekuatan , kesabaran dan dipermudahkan urusan amin”

“Mata masuk habuk.. apa la yang adik tu fikir sambil peluk ayah dia 😭”

kanak-kanak perempuan 1

Sumber: Tiktok

 

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!