Anjing adalah merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang perlu dilindungi sama seperti haiwan yang lain. Walaupun dalam agama Islam, anjing tidak boleh disentuh sesuka hati, namun ia tidak boleh menjadi alasan untuk menganiayanya.
Ternampak Anak Anjing Jatuh Dalam Longkang
Dalam sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, pemuda yang kebetulan lalu berdekatan longkang tersebut terdengar suara anak anjing menyalak tanpa henti menyebabkan dia pergi menjenguk ke dalam longkang tersebut. Rupa-rupanya terdapat anak anjing yang terjatuh dalam longkang tersebut.
“Alaa anjing ni, jatuh longkang eh, mana ibu dia, nak buat apa ni?”
Pemuda tersebut ternampak kerusi berhampiran longkang tersebut dan mendapat idea untuk meletakkannya di dalam longkang itu bagi memudahkan anak anjing tersebut naik ke atas. Namun, walaupun sudah diberi arahan, anak anjing tersebut tidak dapat memahaminya. Nama pun haiwan, mana nak faham apa kita bagi arahan kan.
Pemuda tersebut mencuba sekali lagi dengan turun ke dalam longkang tersebut sambil memujuk anak anjing itu untuk naik ke atas kerusi tersebut dengan memanggilnya.
Apabila anak anjing tersebut mendekatinya, mulanya dia takut tapi lama kelamaan dia pun membuat keputusan untuk memegang dan mengangkat anak anjing tersebut.
“Pegang anjing mat aku, tak pernah aku pegang anjing” – ujarnya.
Mungkin inilah kali pertama pemuda tersebut memegang anjing seumur hidupnya demi menyelamatkan haiwan tersebut.
BACA JUGA: Sibuk Hantar Pesanan Makanan Pelanggan, Penghantar Makanan Tak Sempat Beli Untuk Diri Sendiri
Komen Warganet
Berikutan kerisauan pemuda tersebut, ramai komen warganet yang turut membantu untuk memberi cara penyelesaiannya.
“Tak apa dalam situasi macam ni dibenarkan sentuh, yang tuhan larang tu bila usap2 dan pegang anjing dan b*bi tanpa sebab. Semoga anda dirahmati Allah di atas kebaikan anda menolong makhlukNYA dalam kesusahan.”
“Islam itu mudah dan indah 🥰 jangan kecam/menghukum saudara kita ni pegang anjing, kecam dalam hal ni la puncanya org bukan islam racist kita.”
“Tangan kering bulu anjing kering xda masalah…klau nak samak pun bukan susah mana…waimah sekalipun kne selamatkan seko anak khinzir YG terperangkap cmni…samak jer…asal niat kita ikhlas nk tolong haiwan kerana makhluk ALLAH..mmg puppy tu minta tolong mukin dye terjatuh dlm longkang dlm..si baik longkang kering…..islam itu memudahkan…”
“Haiwan tu tak haram kalau terpaksa pegang sbb nak selamatkan dia, yg lebih haram bila orang buang anak sendiri merata² itu lebih haram daripada anjing tu sendiri”
Sumber: FACEBOOK
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk menapis komen-komen tersebut.