“PENGALAMAN PENJARA MENGAJAR SAYA ERTI BERSYUKUR” – Lelaki Ini Bongkar Pengalamannya Selama Dipenjar4

Baru-baru ini heboh mengenai keadaan penjara VIP la, penjara orang kenamaan tak sama macam penjara biasalah dan sebagainya. Sebagai rakyat marhaen, sudah pasti kita pun tertanya-tanya betul ke tak cerita-cerita pasal sel besi yang viral dekat mana-mana platform ni kan.

penjara

Sehubungan dengan itu, admin terjumpa satu post yang dimuat naik oleh Mohd Zulkifli Shafie mengenai pengalaman beliau ketika dimasukkan keda sebagai tahanan SOSMA. 

Berikut ialah kisah yang ditulis beliau. 

Penjara Bukan Hotel 

“Apa korang ingat ini hotel!?”, balas warden. Itulah jawapan yang sering saya dapat daripada warden penjara setiap kali kami minta sedikit keselesaan.

Walaupun mereka memang buat yang terbaik mengikut standard penjara, tapi saya kena terima hakikat, penjara memang tempat yang dibuat supaya para banduan rasa tak selesa. Ia tempat hukuman, bukan tempat layanan istimewa!

Saya pernah ajukan kepada seorang pegawai penjara tentang ‘hak asasi’ sebagai banduan. Beliau ingatkan saya, adakah saya akan minta pihak penjara layan dengan baik bagi penjenayah yang merompak harta saya, mencederakan saya, bahkan merogol ahli keluarga saya?

Tentu sekali “TIDAK”!

Saya benar-benar tersentak dengan jawapan balas pegawai tersebut. Penjara bukan tempat layanan yang istimewa. Sepanjang pemerhatian saya, asalkan banduan tersebut masih waras, boleh bergerak dan bernyawa, itu dikira sudah ok.

Hanya Mampu Menahan Sakit Gigi Sepanjang Dipenjara

penjara

Beliau turut menceritakan, ketika berada dipenjara, beliau hanya mampu menahan sakit gigi yang dialaminya dengan ubat penahan sakit. 

Nak selesa? Penjara bukan tempatnya. Sepanjang di penjara, saya terpaksa menahan sakit gigi hanya dengan ubat tahan sakit sahaja. Sebatang gigi geraham saya pecah dan terbelah, maka gigi saya perlukan rawatan segera.

Rawatan sudah berkali-kali saya minta, tapi bukan mudah pihak penjara nak hantar tahanan SOSMA disebabkan SOP yang memerlukan pengiring yang bersenjata api. Permohonan untuk dapatkan rawatan sangat banyak, tapi anggota pengiring mereka tak cukup.

Doktor gigi pula jarang-jarang sekali masuk penjara. Dari bulan ke bulan ditangguhkan rawatan hinggalah akhirnya saya bebas!

Jadi sepanjang 2 tahun saya dalam penjara, saya cuma minta panadol atau ubat tahan sakit yang lebih kuat setiap kali datang sakit. Sekurang-kurangnya saya dapat tidur malam dan tenang di dalam sel.

Dan saya hanya mampu berdoa banyak-banyak supaya Allah berikan saya kekuatan untuk bertahan dan mengharapkan keajaiban supaya sembuh! Itu sahaja yang saya mampu lakukan.

BACA JUGA: Pegawai Wanita TLDM Pertama Miliki Kepakaran Musnah Peluru & Bahan Letup4n, Fuh Power!

Beginilah Keadaan Penjara

Lelaki Ini Ceritakan Pengalamannya Selama Dipenjara

Bagi siapa yang nak tahu penjara itu bagaimana, saya boleh simpulkan begini; tempatnya sempit, malap, busuk (saluran paip najis pecah betul-betul belakang sel saya ketika di Sg Buloh tak dibaiki), kotor, banyak semut, lipas, nyamuk, dan tikus.

Kadang-kadang keluar lipan, dan suasana sentiasa bising sepanjang hari (disebabkan banduan terlalu ramai dalam satu blok), kecuali lewat malam. Waktu sejuk memang sangat sejuk. Majoriti sel banduan tidak ada alas. Duduk atas lantai simen sahaja.

Siapa dapat selimut, tikar getah dan tilam nipis, itu kira sudah layanan VIP. Tahanan SOSMA seperti saya diberi kemudahan ini.

Bila cuaca panas, memang panas! Tak pernah saya dengar mana-mana sel banduan yang ada kipas! Kalau yang ada kipas, maksudnya dia sudah dapat layanan VVIP dalam penjara.

Kalau panas, saya dan majoriti banduan terpaksa berseluar pendek di dalam sel (walaupun saya tidak pernah berseluar pendek di rumah sendiri), dan berkipas lah sepanjang hari pakai majalah ataupun buku.

Nak tidur malam… Hmmm… Selain bimbang tikus masuk ke dalam sel, dan yang selalu menyebabkan saya terkejut tengah tidur ialah banyak lipas-lipas besar yang keluar merayap-rayap… Terutama sekali ketika blackout!

Tengah tidur, tiba-tiba lipas besar merayap atas kepala atau atas badan! Terkejutlah saya… Cari selipar dan kejar lipas… Pastikan dapat ketuk sampai mati… Barulah saya boleh sambung tidur…

Bila terjaga tengah malam… Bukan senang nak lena tidur balik… Itulah waktunya saya akan teringat isteri dan anak-anak…

Saya tenung satu per satu foto isteri dan setiap anak-anak yang ada dalam simpanan saya. Saya bercakap seolah-olah mereka ada bersama saya bagi melepaskan rindu. Dan saya doakan moga Tuhan menjaga mereka semua…Rasa rindu tu hanya Tuhan sahaja yang tahu…

Jadi saya selalunya ambil peluang untuk solat sunat beberapa rakaat sebelum kembali tidur… Awal pagi itulah waktu terbaik untuk beribadah sebab waktu tu sangat sunyi… Semua banduan sedang tidur…

Waktu lain, selalunya sangat bising… Dengar orang menjerit, menyanyi dan tak kurang juga bergaduh! Macam tulah keadaan penjara yang sempit dan orang yang ramai…

Jadi bila saya bebas dari penjara, saya rasa macam sudah masuk Syurga!

Betapa besarnya nikmat dapat bergerak bebas, dapat lihat wajah ahli keluarga dan berhubung dengan mereka setiap hari, dapat pilih makanan yang saya suka setiap hari (dulu dapat cili hidup pun rasa nak menangis), dapat lihat langit biru yang terbentang luas (dalam penjara dulu hanya seminggu atau sebulan sekali sahaja), berpeluang pijak rumput dan hirup udara segar sepanjang hari… Alhamdulillah…

Berat ujian tersebut untuk dilalui. Tapi saya rasa bersyukur sebab banyak nikmat Tuhan yang selama ini saya rasa ianya biasa-biasa sahaja, tapi terasa besarnya nikmat tersebut setelah bebas daripada penjara.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (Ar-Rahman 55 : 13)

Lelaki Ini Ceritakan Pengalamannya Selama Dipenjara

Sumber: FACEBOOK 

_

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!