Satu kejadian yang tidak disangka telah berlaku semasa sekumpulan sukarelawan melakukan kerja pemeriksaan sarang penyu di Tanjung Jara, Dungun, Terengganu.
Anak Penyu Berkepala Dua
Dalam Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch, mereka telah menemui seekor anak penyu agar berkepala dua. Menurut sumber, anak penyu tersebut dijumpai ketika kerja pemeriksaan selepas telur di sarang berkenaan menetas.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya kejadian ini telah pernah berlaku dan ini kali yang kedua berlaku.
“Ini penemuan kali kedua dan mencatatkan sejarah buat kami di sini kerana anak penyu berkepala dua ini masih hidup. Kali pertama ditemui pada Jun tahun lepas bagaimanapun, ia ditemui mati di dalam telur,” – pengurus Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch
57 Ekor Anak Penyu Berjaya Menetas
Sementara itu, pengurus projek ini turut memberitahu bahawa pihak mereka telah mengeramkan sebanyak 110 biji telur penyu di dalam sebuah sarang di tempat tersebut pada 1 julai lalu.
Sehubungan dengan itu, mereka datang lagi pada bulan ini (September) dan telur-telur tersebut mula menetas.
“Selama hampir dua bulan dieramkan, telur mula menetas dan sebanyak 57 ekor berjaya menetas dengan selamat termasuk anak penyu berkepala dua itu,” katanya.
Anak penyu berkepala dua itu kemudian dihantar ke Pusat Penerangan dan Informasi Penyu di Rantau Abang. Hal ini kerana pihak sukarelawan tersebut tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman menjaga anak penyu dengan fizikal tersebut.
“Biasanya penyu berkepala dua ini tidak dapat hidup lama namun kita berharap berlaku keajaiban dan ia dapat hidup dengan lebih lama,” tambahnya lagi.
Berikutan itu, ramai warganet rasa teruja dan meminta agar penyu tersebut dirawat dengan baik. Tidak kurang juga yang kagum dengan kekuasaan Tuhan.
BACA JUGA: Pemuda Ini Sanggup Terjun Ke Laut Demi Selamatkan Seekor Kucing Yang H4mpir Tenggelam
Sumber: Berita Harian
_
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.