Alamak penyamun tarbus! Awas jika anda terjumpa kucing ini. Pasti ada benda yang hilang.

Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan keistimewaan seekor anak kucing telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut kelihatan seekor anak kucing berdiri di atas tiang pagar. Apa yang membuatkan si anak bulus ini jadi perhatian ramai adalah rupanya.

Setiap makhluk di muka bumi ini dicipta dengan pelbagai keistimewaannya yang tersendiri. Kucing antara haiwan yang sering menjadi pilihan ramai untuk dipelihara kerana sifatnya yang jinak dan sukakan perhatian. Malah kucing juga memiliki fizikal yang sangat comel membuatkan siapa sahaja yang tidak ‘jatuh hati’ bila berjumpa dengan spesis ini.

Perkongsian video anak kucing dengan ‘topeng’ di matanya ini telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan lebih 58 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen

Di muka anak kucing ini seakan ada topeng di bahagian matanya. Namun ia sebenarnya hanyalah corak tompok di muka si comel ini. Disebabkan keistimewaan si comel ini, ramai yang meluahkan pendapat masing-masing di ruangan komen. Berikut adalah perkongsian rakaman anak kucing dengan ‘topeng’ di matanya oleh seorang pengguna TikTok ini:

Sumber: imuslimnetwork.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!