Kehadiran pekerja asing di Malaysia termasuklah pekerja Bangladesh bukan lagi sesuatu yang baru malah sudah menjadi salah satu sumber tenaga manusia yang penting dalam beberapa sektor di negara kita.
Walaupun pelbagai masalah sosial yang dikhuatiri timbul ataupun terjadi melibatkan warga asing, namun tidak kurang juga yang berjaya membina kehidupan yang baik di negara ini.
Perkara Wajib Dilakukan Oleh Pekerja Bangladesh Sebelum Balik
Baru-baru ini, tular satu video yang berjaya menarik perhatian warganet memaparkan mengenai perkara yang biasanya pekerja Bangladesh ini lakukan sebelum balik ke negara mereka setelah bekerja bertahun-tahun di Malaysia.
Video tersebut telah dimuat naik semula oleh sebuah page Facebook (Raja Cuti) dan mendapat lebih daripada 500k tontonan beserta 7.5k tanda suka dan lebih kurang 550 komen daripada warganet.
Berikut ialah 4 perkara yang wajib dilakukan sebelum mereka balik ke kampung halaman sama ada untuk bercuti ataupun bfg (back for good).
Pertama, wajib bungkus bagasi dengan toto & wrapping bentuk bulat. Mungkin dalam tu ada tilam, selimut, bantal, kain, baju-baju dan sebagainya kan.
Kedua, wajib beli emas di Malaysia untuk isteri ataupun ibu. Wah, ini menarik! Mulianya hati sentiasa ingat dekat orang tersayang. Mungkin inilah cara mereka menunjukkan keberhasilan bekerja di negara orang. Memang terbaiklah!
“Ni betul . Dorang sanggup beli emas kat sini . Kat sana lg mahal katanye.. laki aku baru minggu lepas bawak staff bangla beli emas dekat 3k.. lps beli emas kita orang bwk dia pergi sambut harijadi anak-anak pastu dia nak bagi duit berapa ratus tah.. Kita orang cakap takyah dia tetap seluk poket suami masuk kan duit.. katanya dia tak pernah makan sedap macam ni..😅😅 dorang ni ada je yang baik²..”
Ketiga, wajib ada pesanan-pesanan terakhir dari Bangladesh dan mereka akan sedaya upaya beli untuk orang kampung. Biasalah macam kita pun kadang dekat nak akhir-akhir dah baru terfikir nak minta beli itu ini hihi. Tetapi memang kagumlah dengan kesungguhan mereka untuk tunaikan permintaan orang lain dengan sedaya upaya.
Keempat, wajib sedia dan pakai kot/blazer untuk nampak bergaya bila balik nanti atau tahan sejuk masa dalam kapal terbang.
Syukur, kerja keras mereka di negara orang akhirnya terbayar apabila dapat bawa/tunjuk sesuatu kepada ahli keluarga di kampung halaman.
BACA JUGA: Jangan Biarkan Ada Bilik Kosong Di Rumah Anda, Nanti Ada ‘Bend4’ Yang Menumpang!
Komen Warganet Yang Menarik Perhatian
Sebenarnya ada banyak lagi perkara menarik yang warganet tulis dekat ruangan komen, mari kita baca satu persatu.
“Setiap bulan tolong depa bank in duit ke Bangladesh 20-30k.. Hasil kerja rajin mereka”
“Toto kat sana mahal sangat-sangat ada kawan tu bagitau….tu sebab Bangladeshi bila balek borong Toto banyak-banyak”
“Sembahyang jumaat pun depa ni pergi awal. Jalan kaki ja dari asrama,rumah sewa ramai-ramai.. dikawasan depa dok surau2 akan penuh dengan depa.. kalau yang dah ada anak kat negara depa. selalu bagi jajan kat budak2 sini. rindu anak kot..”
“Suami aku pernah hantar budak Bangla di KLIA…dia beli buah rambutan bawak balik Bangla berkilo nak bagi orang kampung rasa dia kata sebab kat sana tak ada rambutan”
“Kadang-kadang kita lihat mereka kerja construction, tetapi kebanyakan mereka ada degree dan belajar university, bahasa English mereka sungguh bagus dan bijak. Tapi disebabkan negara mereka tak ada kerja, terpaksa mereka pinjam duit dengan agency dan kerja construction dan merantau. Jangan pandang tak ada mata ok, banyak dari mereka ada degree university.”
Sumber: Facebook
—
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.