Walaupun KFC (Kentucky Fried Chicken) adalah salah satu makanan yang sudah pasti disukai ramai, namun tidak semua beruntung boleh mendapatkannya. Bagi sesetengah golongan, KFC dianggap makanan mewah sehingga hari ini.
Begitulah yang dialami oleh seorang budak lelaki yang dipaparkan dalam satu video tular yang telah dimuat naik di media sosial baru-baru ini.
Budak Lelaki Duduk Bersendirian Dekat KFC, Tapi Tak Order Makanan Pun
Satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tik Tok (Fazlina Fauzi) yang memaparkan mengenai seorang budak lelaki yang duduk bersendirian di KFC tetapi tidak memesan makanan apa-apa pun berjaya membuat netizen sebak.
Budak lelaki berusia belasan tahun itu duduk diam dan memerhati orang ramai yang memesan KFC di ruang kaunter.
Sebenarnya, pada mulanya dia hanya membuat rakaman biasa untuk dihantar ke group Whatsapp keluarga namun terpandang budak lelaki yang mengenakan baju berwarna hijau duduk bersendirian di sebuah meja secara tidak sengaja.
Hal tersebut membuatkannya tertanya-tanya, dan meminta suaminya untuk pergi bertanya selepas memerhatikan tingkah budak itu selama beberapa ketika.
“Sebenarnyanya video ni saja-saja je aku ambil untuk hantar dekat group keluarga. Dan secara tak sengaja aku terpandang sorang budak ni tengok je orang tengah makan.
“Masa ni aku cakap dekat suami tengok budak tuh macam lapar je, macam dia sorang je, lepas tuh suami cakap mungkin keluarga dia tengah order kot.“
BACA JUGA: Teruja Tengok Pekerja Bangladesh Wajib Beli Emas Sebelum B4lik Negara Mereka!
Dia kata lapar, Belum Makan Lagi
Sebelum menghampiri budak tersebut, suaminya memastikan terlebih dahulu sekiranya ada ahli keluarga budak tu yang membuat pesanan di kaunter. Namun, tiada siapa yang memesan di kaunter pada waktu itu membuatkan suaminya terus pergi menghampiri meja budak itu.
“Lama juga la tengok dia sorang-sorang dekat situ. Suami pun bangun tengok dekat kaunter takut-takut ada family dia duk tengah order makanan. Masa suami tengok dekat kaunter memang takda sapa-sapa.”
Rupa-rupanya, dia memang datang bersendirian daripada Pengkalan Kubur untuk mencari rezeki. Selepas mengetahui hal sebenar, suami puan tersebut terus memesan KFC untuk budak lelaki tu.
“Dan suami pun pergi dekat budak tuh, tanya dia datang dengan siapa. Dia kata datang sorang je dari Pengkalan Kubur naik bas ke Kota Bharu untuk cari duit makan untuk mak dekat rumah.
“Dia cakap dia lapar. Belum makan lagi, terus suami order makan untuk dia. Akak doakan semoga segala urusan kau dipermudahkan dik,”
Semoga urusan budak tersebut dipermudahkan dan keluarga puan itu dikurniakan lagi rezeki yang melimpah dan berkat.
Video: https://fb.watch/f3SihGVjnv/
Sumber: Facebook
—
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.