Detik Mencemaskan Budak Perempuan Nyaris Digigit Singa Semasa Siar4n Langsung TV!

Membawa singa ke set penggambaran yang dihadiri oleh tetamu cilik seperti seorang budak ternyata bukanlah satu idea yang bijak. 

Seperti yang kita maklum, singa adalah merupakan haiwan liar yang mempunyai naluri sebagai pemangsa walaupun sudah ‘dijinakkan’. Tindakan haiwan ini adakalanya di luar kawalan penjaganya. 

Begitulah yang terjadi semasa berlakunya siaran langsung daripada sebuah stesen TV yang terletak di Mexico. 

BACA JUGA: [VIDE0] Tak Lepaskan Beg, Gadis Pakai ‘Baju Kelawar’ Lawan Peragut Sehingga Berjaya Ditangkap!

Hampir Diterkam, Budak Perempuan Menangis Ketakutan 

budak digigit singa

Sebuah program siaran langsung yang berlangsung di kaca TV menjadi heboh apabila seekor singa yang dibawah oleh tetamu jemputan menyerang seorang budak perempuan yang juga merupakan tetamu pada hari itu. 

Pada mulanya, semua dalam keadaan terkawal dimana singa tersebut duduk dihadapan penjaganya dengan tenang. Manakala, budak perempuan tersebut dalam keadaan ketakutan dan dipegang oleh ibunya. Biasalah, siapa je yang takut singa kan?

https://fb.watch/f5wLO2PNNr/

Sementara itu, penyampai rancangan TV tersebut berborak seperti biasa bersama bintang tamu. 

Apabila mendengar esakan tangisan budak perempuan tersebut yang kelihatan tidak selesa berada disitu, ia menyebabkan singa tersebut mula memberi reaksi. 

Dan, tanpa sebarang amaran, singa itu tiba-tiba melompat berdiri dan cuba menerkan budak kecil itu, sambil mencengkam kaki budak tersebut dengan gigi tajamnya.

Serangan itu menyebabkan bayi itu tambah menjerit ketakutan yang hanya memburukkan keadaan kerana menyebabkan singa tersebut semakin menguatkan cengkamannnya. 

Penjaga Singa Meminta Semua Bertenang

budak digigit singa

Penjaga singa tersebut meminta semuanya bertenang dan dilihat sedang berusaha untuk membuka rahang singa tersebut agar kaki budak perempuan tersebut dapat diselamatkan. 

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu, yang kelihatan terkejut, berusaha menarik anaknya ke arahnya dalam masa yang sama singa tersebut terus menarik kakinya ke arah lain.

Setelah berusaha beberapa minit, akhirnya kedua-dua jurulatih itu dapat membuka rahang singa dan menarik kaki gadis kecil itu bebas.Syukur. Fuh!

Singa yang diberikan nama Sofia itu terus dibawa keluar dan jurulatih singa kemudian memberi pelukan kepada ibu untuk memohon maaf atas kejadian itu sambil menenangkan budak perempuan tersebut. 

Sumber: Facebook 

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!