Ragut adalah merupakan satu jenayah yang boleh mengakibatkan kecederaan bahkan kematian kepada mangsa. Ini menyebabkan jenayah ragut amat merisaukan dan membuatkan masyarakat merasa takut untuk berada di luar rumah terutamanya apabila anda seorang gadis dan berjalan bersendirian.
Selalunya jenayah ragut ini dilakukan oleh individu yang berada dalam keadaan terdesak memerlukan duit ataupun menjadi kegiatan utama penjenayah hingga sanggup bertindak di luar kawalan walaupun terpaksa mencederakan mangsa yang boleh mengakibatkan kepada kematian.
BACA JUGA: Budak Lelaki Duduk Sorang Dekat KFC Tapi Tak Order Mak4nan, Sebab….
Walaupun Pakai Baju Kelawar, Gadis Ini Berjaya Lawan Peragut
https://twitter.com/i/status/1561868838945181697
Baru-baru ini tular sebuah video pendek yang telah dimuat naik semula di laman sosial Twitter yang memaparkan mengenai satu cubaan ragut oleh dua orang lelaki bermotor terhadap seorang gadis yang dipercayai sedang memakai baju kelawar berwarna kuning.
Cubaan meragut ini telah berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup CCTV sesebuah bangunan iaitu Menara Felda Kuala Lumpur.
Kejadian yang berlaku itu memaparkan tindakan berani gadis yang memakai baju kelawar tersebut menarik semula beg yang diragut oleh dua orang peragut itu. Tindakan tersebut berjaya menarik perhatian pengguna lalu lintas yang lain.
Terdapat beberapa kenderaan lain yang turut berhenti untuk membantu mangsa termasuklah seorang penunggang motosikal yang dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan.
Penunggang motosikal yang bekerja sebagai penghantar makanan tersebut melanggar belakang motor yang digunakan oleh perabot untuk mengelakkan peragut tersebut melarikan diri.
Sehubungan itu, pengguna lalu lintas yang lain turut berhenti keluar daripada kereta mereka dan membantu mangsa untuk menangkap peragut tersebut.
Akhirnya peragut tersebut berjaya ditangkap dengan kehadiran pihak polis.
Komen Netizen
Berikut ialah beberapa komen yang menarik perhatian;-
“Akak kelawar tu maybe army hahahahaha kuat bapak dia tarik, pasni kaum hawa please provide chilli spray dalam handbag, tak pun standby jela pisau lipat dalam kasut. in case anything bad happens to you. sekarang lebih takut kepada manusia bingai camni dari setan.”
“Puas hati tengok!”
“Kadang-kadang dalam situasi sebegini yang tolong bukan hero pun, tolong sebab nak lepaskan geram, nak lepas stress kehidupan. Tapi tengok keadaan penjenayah yang masih segar bugar, dorang ini memang sebetul-betulnya hero. Salute.”
“Abang grab contact saya. Saya nak sponsor kerosakan motor anda.”
Sumber: Twitter
—
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.