Pangeran Moulay Hassan, Pemuda Terkaya Di Duni4 Tetapi Sangat Rendah Diri!

Tahukah anda siapakah salah satu pemuda yang terkaya di dunia

Pangeran Moulay Hassan adalah merupakan pemuda yang terkaya di dunia kerana mewarisi kekayaan keluarga beliau yang merupakan raja Maroko. 

Beliau merupakan putra dari Raja Muhammad Bin Al-Hassan & istrinya Putri Lalla Salma, sekaligus pewaris takhta dan semua kekayaan ayahnya. Pangeran ini telah dilahirkan pada 8 Mei 2003. Beliau juga memiliki satu orang saudara perempuan, Putri Lalla Khadija.

Moulay

BACA JUGA: Detik Mencemaskan Budak Perempuan Nyaris Digigit Singa Semasa Siar4n Langsung TV!

Pangeran Moulay Miliki Kekayaan Lebih Daripada 1.5 M Dolar

Sebagai anak lelaki dan pewaris takhta kerajaan Moroko, Pangeran Moulay Hassan telah mendapatkan harta warisan sebanyak 1.5 miliar dolar ketika usianya 19 tahun. 

Hal ini menjadikan beliau adalah salah satu pemuda yang terkaya di dunia!

Manakala, kekayaan keluarga kerajaan tersebut adalah lebih 5x ganda daripada harta warisan yang diberikan kepada Pangeran Moulay. 

Mari ketahui lebih lanjut mengenai Pangeran Moulay melalui 5 fakta di bawah:- 

Fakta Mengenai Pangeran Moulay Al-Hassan

  • Diraikan Dengan 21 Tembakan Ke Atas Semasa Dilahirkan

Pangeran Moulay Al-Hassan dilahirkan pada 8 Mei 2003 dan diraikan dengan 21 tembakan ke atas. Hal ini adalah sebagai simbolik kegembiraan raja atas kelahiran anak lelakinya. 

  • Meminati Bidang Penerbangan Berbanding Undang-Undang

Pangeran ini sangat berminat mempelajari bidang penerbangan dan ingin menjadi juruterbang, berbeza dengan ayahnya yang sangat meminati bidang undang-undang. Sehubungan itu, beliau mengambil ujian masuk ke Royal Aeronautical School. 

  • Keliling Dunia Menggunakan Jet Peribadinya

Disebabkan oleh minat beliau yang mendalam dalam dunia penerbangan,  beliau telah mengelilingi dunia menggunakan jet peribadinya yang dihadiahkan kepadanya semasa berusian 15 tahun. Jet tersebut memiliki nilai 67.4 juta dolar.

Jet  pribadi tersebut memiliki nombor plat yang ditulis sebagai ‘CN-AMH’. Jet peribadi tersebut telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pertahanan dan teknologi terkini. 

  • Menguasai 4 Bahasa & Berjiwa Atlet

Beliau suka belajar dan menguasai 4 bahasa iaitu bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sepanyol & bahasa Perancis. Beliau juga sangat meminati berenang dan bermain ski. Ini menunjukkan keseimbangan dalam personaliti beliau. 

  • Terkenal Dengan Budi Bahasa Dan Sifat Rendah Hati

Walaupun mempunyai kekayaan yang tidak dapat diragukan lagi,  pangeran ini terkenal dengan sifat berbudi bahasa dan rendah hatinya. Hal ini kerana beliau telah dididik dengan sifat sopan santun dan juga dibiasakan bergaul dengan masyarakat marhaen. 

Banyak peristiwa yang menunjukkan sifat peribahasa dan rendah hati beliau antaranya ialah,  beliau tidak mahu dia cium tangannya ketika bersalaman dengan pegawai-pegawainya. Selain itu, beliau selalu tersenyum apabila bersua dengan orang ramai dan tidak angkuh untuk menyapa dengan ramah terlebih dahulu. 

Pangeran Moulay Al-Hassan

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!