Elak Terkena Scam, Ini Cara Buang Peranti Tidak Dikenali Daripada Bank 0nline Anda

Cara Buang Peranti Tidak Dikenali Daripada Bank Online Anda

Baru-baru ini tular beberapa kes mengenai kecurian wang yang berlaku di dalam bank. Betul apa yang anda baca, kecurian tersebut berlaku DI DALAM BANK! 

Duit simpanan yang disimpan bertahun-tahun lamanya lenyap begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang mahu bertanggungjawab. Bukan satu dua ringgit tau, berpuluh-puluh ribu ringgit duit lesap begitu sahaja. Duit hilang entah ke mana, bank pun tidak tahu perlu buat apa. Ironi kan?

BACA JUGA: Pangeran Moulay Hassan, Pemuda Terkaya Di Duni4 Tetapi Sangat Rendah Diri!

Pergi ‘Setting’, Buang Peranti Yang Tidak Dikenali

Apabila perkara ini terjadi,  orang ramai mula panik  dan was-was untuk menyimpan duit di dalam bank. Kalau tak simpan dekat bank, nak simpan dekat mana kan?

Oleh itu, salah satu cara yang anda boleh lakukan bagi memperketatkan lagi keselamatan akaun bank anda terutamanya akaun perbankan atas talian, anda boleh lakukan langkah-langkah dibawah ini. Kali ini, kami kongsikan untuk bank CIMB CLICK & MAYBANK2U. 

CIMB CLICK

Untuk pengguna CIMB CLICK, anda boleh rujuk cara ini. Perkongsian ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, M.Wongso. 

  1. Login akaun CIMB CLICK anda seperti biasa menggunakan telefon bimbit atau komputer riba. 
  2. Kemudian, pergi ke ‘Setting’.
  3. Di bahagian setting, semakan “Registered Device” jika ada peranti lain yang tidak dikenali mempunyai akses ke akaun anda. Untuk pengetahuan anda, CIMB Click meletakkan had sebanyak 2 peranti untuk aplikasi CIMB Click anda. Buang peranti yang anda tidak kenali sekiranya anda dan SEGERA TUKAR PASSWORD ANDA. Hal ini kerana kemungkinan scammer sudah mempunyai akses ke akaun anda. 
  4. Untuk meminimakan risiko ada peranti yang tidak dikenali lagi, sebaiknya letakkan satu lagi peranti yang anda miliki. Jadi ada dua peranti milik anda yang dihubungkan dengan akaun CIMB CLICK anda. Dengan ini, risiko untuk akaun CIMB Click disambungkan dengan telefon lain yang tidak dikenali dapat diminimakan kerana telah mencapai had maksimum peranti disambungkan.
  5. Jangan lupa, setkan “Quick Payment” kepada RM0. Anda boleh cari tetapan ini dibahagian ‘Setting’ juga. 
Klik ‘Setting” (petak warna merah)
peranti
Ubah Quick Payment (petak merah) jadi RM0, Semak “Registered Device” (petak merah bawah)

 

MAYBANK2U

Untuk pengguna Maybank2u, anda boleh rujuk cara ini. Perkongsian ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Pendakwah Teknologi

  1. Login akaun Maybank2u anda seperti biasa menggunakan telefon bimbit atau komputer riba. 
  2. Kemudian, pergi ke bahagian “ME”
  3. Seterusnya, klik “MY DEVICES”
  4. Semak senarai “OTHER DEVICES”
  5. Sekiranya terdapat peranti yang tidak dikenali, sila buang dan TUKAR PASSWORD ANDA SEGERA. 

 

Peringatan!

Untuk apa-apa bank sekalipun, pastikan anda tidak memuat turun aplikasi perbankan melalui file apk dan JANGAN SESEKALI BUKA APA-APA LINK YANG DIRAGUI. 

Buat semakan sebelum membuka sebarang pautan yang dihantar kepada anda menggunakan peranti yang tidak merekodkan sebarang akaun bank anda. Sentiasalah berhati-hati. 

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di Berani Bangkit

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!